Pages

Thursday

Alhamdulillah. We Are Pregnant~!


Assalamualaikum blog~!

Alhamdulillah. Allah memang menyayangi kami dengan hadirnya zuriat kami iaitu harta dan nikmat yang tidak terhingga berharganya. Kami terlalu bersyukur kepada Allah. Walaupun kadang2 kami banyak lalai dengan perintahNya. Tapi Dia masih bagi kami merasai kasih sayangNya.

1 Julai 2015 merupakan hari yang ke-7 period saya lewat. Saya mintak Saufi belikan pregnancy test paling murah. Saya taknak membazir lagi beli UPT yang mahal tapi resultnya negatif. Selepas berbuka, saya bagitahu Saufi yang saya nak buat UPT. Dia pun ok. Tapi kali ni dia tak berapa nampak excited. Maybe sebab taknak terlalu kecewa. Kalau sebelum ni, dia yang sibuk nak celup UPT. Hi hi hi. OK. Berbalik pada cerita tadi. Saya kencing dan celup UPT. Saya tinggalkan UPT tu sebab takut result nak keluar lama. Saya amik wudhu' untuk solat Maghrib. 

Selesai berwudhu', saya taknak langsung pandang UPT stick tadi. Tapi terpandang dan it came up with positive reading. Saya menggeletar. Saya bagitahu Saufi. Dia tak teruja pon. tapi dia terus amik UPT dari tangan saya dan amik gambar. Dia terus bagitahu semua ahli keluarga kami. Hi hi hi. Saya seorang je yang menangis terharu. Ingatkan adalah kucupan dan dakapan mesra dari Saufi. Ha ha ha. Saya banyak baca kat blog2 orang, suami mereka semua bagi kiss and peluk. Tapi tidak Saufi. Hi hi hi. Maybe dia tak percaya kot. Tapi, dia la yang banyak announce kat media sosial. Walaupun belum scan kat klinik lagi. Haih!

Mengikut perkiraan, semasa saya buat UPT ni, kandungan saya berusia 5 minggu.

Saya bersyukur sangat sebab masih ada peluang bagi saya merasai pengalaman seorang ibu. Saya bersyukur sangat sebab kandungan saya masih bertahan walaupun saya xpernah scan lagi. Saya nak tunggu kandungan berusia 8 minggu baru scan. Kalau saya pergi sekarang pun, doktor pasti akan suruh saya datang lagi 2 minggu. Buat masa ni saya amalkan makan folic acid Appeton sahaja dan berusaha serta bertawakal supaya kandungan saya sihat. 

FYI, 2 minggu lepas saya dan Saufi mengalami accident yang agak teruk ketika dalam perjalanan dari Lumut ke KL. Ada kereta berlawanan arah kami berpusing dan menghentam kereta kami. Ngeri bila diingat balik. Kereta saya habis kemek. Skang pakai kereta baru sebab kereta saya tu da total lost. Allah menggantikan rezeki kami dengan kehadiran zuriat yang amat bernilai. 

Beberapa hari sebelum saya buat UPT, saya dah minum air tebu dan air kelapa. Lepas tu saya jalan2 dengan Saufi dari KTM Batu Caves naik LRT ke Menara Maybank di bulan puasa yang panas terik ni. Penatnya tak tertanggung. Saya tak tahu yang saya pregnant. Alhamdulillah, Allah jaga kandungan saya.

Dulu, saya ingatkan saya tak boleh pregnant. Ye la. Saya dimomokkan yang perempuan gemuk tak boleh pregnant. Ditambah pula bila saya kena buang salah satu ovari saya masa saya Form 2. Saya jugak pernah diberitahu oleh doktor yang saya susah pregnant sebab saya dah buat operation tulang belakang. Tapi, Allah Maha Berkuasa. Allah dah tentukan rezeki saya. Takde seorang manusia pun yang boleh downkan saya sekarang. Hari raya nanti, senang la hati saya. Takde yang bertanyakan apa2 lagi pasal saya. Belajar pun dah habis. Kawin dah. Pregnant pun dah. Kalau tak, sebelum ni, semua kata2 tu menyakitkan telinga saya je. Betul kata mama, orang yang bersabar akan dapat ganjaran yang best dari Allah.

Tanda2 pregnant seperti pening kepala, mabuk dan muntah, semuanya saya sedang mengalami. Tapi, saya dah berjanji dengan diri saya untuk tidak mengeluh dengan segala tanda2 ni. Saya akan enjoy all the pregnancy moment. Saya bersyukur sangat.

Kepada para wanita sana yang masih berusaha untuk pregnant, jangan sekali2 give up. Usaha tanpa jemu tapi jangan terlalu berharap. Lakukan semua demi Allah semata2. Niatkan untuk lahirkan seorang khalifah Allah.

Sekian.



Monday

My Wonderful Niece.




Umur: 1 hari
Berat: 3.1 kg



Umur: 30 hari
Berat: 4.3 kg

Sunday

Berjauhan Seminggu.

Memandangkan maam dan ayah nak ke Johor pada hari Rabu ni, saya ditugaskan untuk menjaga Didi yang masih lagi dalam pantang di Lumut. Alhamdulillah Saufi dengan senang hati izinkan saya stay di Lumut selama seminggu. Cuma sedih jugak la sebab tak dapat nak bermanja2 dengan dia. Hi hi hi. 

Elisya pun dah manja sangat dengan Mama Mia dia ni. Memang tak kisah nak jaga dia walaupun terpaksa berjauhan dengan suami tercinta. Takpelah. Sebelum Mama Mia ada anak sendiri, Elisya je la tempat Mama Mia nak curahkan kasih sayang. Mama Mia dan Daddy Obie sayang sangat dengan Elisya. Sayang sangat tau! Walaupun kena bersengkang mata dgn ibu dan baba Elisya. Hi hi hi.

Mata dah ngantuk. Tidur je la penyelesaiannya!