Pages

Friday

Bagaimana Nak Jadi Popular??

Salam allz....wassup..wassup!!!

Haish...tiba2 boleh jadi Mila pulak! Pengaruh AF ni tak hilang lagi nampaknya ni....hi hi hi..tapi kenapa saya teringat tagline Mila pula ekk?? Padahal sudah berkurun lamanya Mila tu....ha ha ha...apa2 aje lah....

Oklah....!
Kawan2 ada rasa teruja tak dengan tajuk entry kali ini?? Yang rasa teruja mesti teringin nak tahu kan macam mana nak jadi popular..sama ada di kalangan kawan2 siber mahupun di luar....hurm...saya dapat idea untuk update entry kali ini lepas belek magazine yang adik saya beli siang tadi....saya sendiri rasa teruja dengan apa yang saya baca tadi...best2! Di sini saya cuba untuk berikan tips2 untuk dikongsi bersama korang semua....Antara tips2 yang diberikan merujuk kepada magazine yang saya baca tadi...disamping tips daripada saya sendiri....haa! Jangan salah faham pula....nanti ada yang kata saya ni perasan popular pula...! Hi hi hi...tips2 ni semua berdasarkan logik akal sahaja...Ok???

Tips 1
Jadi Pendengar Setia

Saya adalah pendengar setia....bukan nak puji diri sendiri....tapi saya memang suka dengar orang bercerita....hi hi hi.....kadang2 rasa macam boleh masuk dan mendalami apa yang mereka cerita....saya pun jenis yang suka bercerita dengan kawan2 saya pasal burfff la...pasal mekap la....pasal gossip! Bagi saya...kalau saya mahukan kawan2 saya menjadi pendengar setia kepada semua cerita2 saya...saya perlu menjadi pendengar setia kepada cerita2 mereka....so..dari situ...korang boleh jadi buruan kawan2 korang untuk mereka luahkan perasaan mereka...sama ada sedih ataupun gembira...if korang rasa tak boleh nak layan luahan hati mereka...korang kena la fikir balik...fikir positif...yang luahan hati mereka tu...boleh dijadikan sebagai iktibar dan pengalaman untuk korang....dan yang paling penting...korang boleh la tunjukkan bakat korang sebagai seorang kaunselor yang tak bertauliah! Hi hi hi....! Tapikan...janganlah sampai korang just anggukkan kepala dengan diiringi mata yang layu bak sayur kangkung kene rebus dalam sup yong tau fu pula! Bagi sepenuh perhatian ketika mendengar setiap butir kata2 dari kawan2 korang....kalau korang sudah bosan....minta sahaja mereka sambung bercerita pada esok hari....hi hi hi!

Tips 2
Rajin Memberi Pujian

Korang suka dipuji?? Saya suka dipuji...tapi tak suka dipuji lebih2....nampak sangat orang yang puji tu tak ikhlas....hi hi hi....Memberi pujian ni..memang susah...lagi2 bila lelaki nak puji lelaki...dan perempuan nak puji perempuan.... hi hi hi....tapi...tahukah korang...daripada setiap pujian tu...korang akan dapat berikan keselesaan kepada orang yang sedang berada di samping korang....secara tidak langsung...ramai yang ingin mendampingi korang...Kurangkan ego korang tu....apa salahnya memuji kawan2 korang....korang mesti seronok tengok mereka seronok dengan setiap pujian yang korang berikan tu....dan korang jadi terkenal dikalangan mereka! Seronok tak??

Tips 3
Memberi dan Meminta

Jika ada dikalangan kawan2 korang yang memerlukan pertolongan korang...hulurkan bantuan semampu korang....jangan hindarkan diri daripada memberikan bantuan kepada mereka...tetapi diingatkan sekali lagi....berikan bantuan semampu korang....kalau korang tak mampu...tolaklah dengan elok....
Dan korang jangan sombong sehinggakan korang sendiri tak mahu meminta pertolongan daripada kawan2 korang....tolong menolong ni kan amalan kita sebagai rakyat Malaysia...so...dengan amalan ini juga la dapat mengeratkan lagi hubungan kita dengan masyarakat sekeliling....

Tips 4
Rajin Melemparkan Senyuman

Sememangnya senyuman itu satu sedekah....hanya dengan senyuman korang boleh berinteraksi dengan orang lain dengan lebih mesra....walaupun baru sahaja berkenalan...selain daripada mengawetkan kulit korang supaya menjadi lebih muda rumaja....korang boleh membina satu hubungan baru dengan masyarakat...asalkan senyuman korang ikhlas...pasti ramai yang berminat untuk berkenalan dengan korang....percayalah! hi hi hi...macam lagu Datuk CT pula.....alahai......hi hi hi...!

Tips 5
Menggembirakan Orang Sekeliling

Ini salah satu tips yang saya praktikkan apabila bersama dengan kawan2...saya suka lihat orang gembira bila berada dengan saya.... Cara2 nak gembirakan orang? Cara saya...buat kelakar! Tapi tak la sampai jadi badut....hi hi hi...asalkan boleh buat mereka tersenyum happy..cukupla....
hanya dengan mengingati hari lahir mereka....sudah cukup untuk membuatkan mereka gembira....ataupun puji mereka....banyak lagi cara yang sesuai untuk korang buat kwn2 korang gembira...barulah mereka sedar kehadiran korang...sebab korang selalu menggembirakan mereka....tak gitu?? begitulah kisahnya.......hi hi hi!

Tips 6
Suarakan Pendapat

Korang tidak dilahirkan untuk mengiyakan sahaja semua kata2 orang.....korang perlu ada pendirian...dan berani untuk suarakan pendapat korang....dengan itu...korang xsenang2 sahaja kena 'kencing' dengan orang lain....korang mahu jadi popular...xsemestinya perlu tunjuk dan ikut sahaja belakang orang...kadang2 korang perlu juga untuk bertindak berani...mungkin dengan tindakan korang..or pendapat korang itu...dapat memberikan impak kepada ingatan mereka pada korang....tapi pastikan pendapat korang tu diterima oleh akal logik manusia la ye....kalau setakat pendapat yang kene gelak dengan chipmunks...lupakan sahaja hasrat korang untuk menyuarakan pendapat korang tu..simpan buat pekasam sahaja ye....hi hi hi!

Tips 7
Berfikiran Positif

Korang nak jadi popular dikalangan ramai orang bukan?? Kunci paling penting...berfikiran positif dengan semua orang...jangan ada keraguan terhadap mereka....just learn how to be cool and think positive.... Kalau korang selalu fikir yang mereka selalu mengata korang....sudah tentu korang rasa macam tak puas hati kan? So..korang rasa macam nak cari gaduh sahaja....macam mana korang nak jadi popular?? Popular sebab perangai buruk ada lah! Tak elok tu......jangan diamalkan...nanti jiwa merana batin terseksa....hi hi hi...apa la yang saya merepek ni ye....

Tips 8
Sering Memaafkan

Huh~ saya rasakan...ini tips yang paling sukar untuk kita lakukan....saya sendiri pun sukar untuk memaafkan orang yang pernah menyakitkan hati saya....Entah lah...ini saya tak mahu komen....korang komen eaa nnti...hi hi hi...

Tips 9
Tukar Imej

Manusia memang sukakan kecantikan dan keindahan....korang pun pasti suka melihat model2 yang kacak2 dan cantik2 kan?? Apa2 pun...zaman sekarang ni...rupa paras/kecantikan luaran memang diukur terlebih dahulu sebelum dinilai dari sudut kecantikan dalaman....mustahil sangat kalau ada orang yang tak terpegun dengan kecantikan/kekacakan seseorang...tipu...itu semua dusta! hi hi hi...so...tukar la imej yang bersesuaian dengan korang...kalau selekeh dan bacin...tak ada orang nak dekat....mulut 'busuk' pun tak ada orang nak dekat tau! hi hi hi...

Tips 10
Bersederhana

Siapa suka orang yang over tonjolkan diri dengan menunjukkan semua barangan berjenama?? Bangga diri pula tu....tak ada seorang pun yang gemarkan dengan sikap negatif seperti itu...bersederhana la korang dalam menonjolkan diri korang ye....!

Huh....selesai sudah karangan bahasa pasar saya untuk entry kali ini....harap dapat la dikongsi bersama dengan korang semua ye....hi hi hi....


Photobucket

No comments: