Pages

Tuesday

Luahan Hati~ (23/2/2010)

Aku kelihatan gembira..mungkin itu yang digambarkan oleh rakan-rakanku dan juga family aku...tapi pada hakikatnya aku masih sedih...masih kesunyian...dan aku sudah putus asa dengan perjalanan hidup aku ni....aku seperti mahu lari dari segala kemelut yang melanda diri aku ni....tapi....adakalanya aku seperti diberi kekuatan yang luar biasa daripada semangat masyarakat luar....

Sebagai contoh...rakan-rakan sekerja aku...mereka bukannya datang dari keluarga yang senang...ada saja masalah yang menimpa mereka...aku bersyukur kerana masih tidak mempunyai masalah sehebat mereka...aku kagum dengan pengorbanan dan usaha kaum aku sendiri (wanita/perempuan)..ianya telah membuktikan kepada aku bahawa lelaki bukanlah penyelesai segala masalah yang baik...aku sendiri mampu selesaikan masalah!

Sebelum ini..aku sentiasa meminta pertolongan dari teman lelaki...bagi aku..hidup xlengkap tanpa lelaki...ada saja benda/perkara yang aku ingin mereka tolong....tapi kini..persepsi aku sudah berubah sama sekali...lelaki xdapat selesaikan semua masalah kaum wanita dan lelaki bukanlah segala-galanya bagi kaum wanita macam aku...

Kesunyian tetap menjengah diri aku...beberapa persoalan timbul...

kenapa aku masih sunyi?

do i need a boyfriend?

ataupun aku masih perlu bersendiri?

Persoalan ini memang aku mampu untuk jawab....Ya! I need a boyfriend...tapi aku takut untuk perjudikan jiwa dan perasaan aku pada lelaki....aku bercinta untuk kekal hingga ke akhir hayat....aku bukannya bercinta sekadar untuk suka2 atau memenuhi kehendak hawa nafsu...aku juga bukannya bercinta sebab nak tolong senangkan hidup pihak lain....aku bercinta utk aku rasa anugerah yang suci tu....

Mungkin nasib aku adalah untuk dicintai sekadar untuk suka2...untuk memnuhi hawa nafsu manusia....untuk senangkan hidup mereka....

Tapi..apa perlu aku buat...semuanya sudah pun berlaku...

Sekarang aku mahu lupakan semua kisah lama...aku nak tutup buku lama...aku nak jadik aku yang baru...aku nak beljar bersungguh2...aku nak jadi insan yang berguna untuk keluarga aku...sekiranya cinta itu datang lagi...aku akan buat yang terbaik untuk si dia...aku sudah dewasa...aku bukan kanak2 lagi...

Mulai daripada hari ini...aku akan maafkan segala kesalahan mereka yang pernah menyakiti aku...xkira la secara mental ataupun fizikal...aku sudah letih untuk menyimpan dendam pada mereka....aku akan berubah untuk menjadi seorang yang mudah memaafkan kesalahan orang...aku juga akan ceuba untuk lupakan segalanya mulai hari ini...aku ingin kembali zero...back to basic...

Aku adalah perempuan yang tidak pernah memiliki dan dimiliki....

Masalah yang utama sekarang adalah masalah di universiti....dan semuanya timbul kerana aku jugak....dan aku perlu bertahan untuk menghadapai masalah itu dengan tenang.....semua yang terjadik adalah kerana kesilapan aku yang lalu....kesilapan yang akan aku sesal sepanjang hidup aku...ya! semua ini adalah kerana lelaki...

Aku berjanji dengan diri aku....xmahu lagi melibatkan diri dengan lelaki...xmahu walaupun sekelumit masalah datang dalam hidup hanya kerana dari seorang lelaki....biarlah masalah keluarga sekalipun datang dalam hidup aku...aku xmahu lelaki yang bakal aku sayang menimbulkan masalah dalam hidup aku....



6 comments:

Vee said...

Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menampung dunia. Namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.

Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.

Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.

Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.

Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.

Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.

Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada.
Setiap Wanita itu Cantik.

Vee said...

Wanita Cantik yang solehah adalah :

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki solehah.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akandimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,
Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Vee said...

Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.
Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?

Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela.Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilihlah Syurga dan bukannya Neraka.

Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab di pertengahan jalan kita bertemu Izrail.
Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab di pertengahan jalan, dia berjumpa Izrail.

Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail?

Yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah.
Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul. Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa.

Anonymous said...

betol2... sokong vee... tp u ngan owner blog nih cam da lame jer kenal... siap bg pengajran n nasihat yg bernas... xsalah igt mngingati... sambil menyelam minum air kew? hihihihihi....

Myra said...

anoynomous: sorry...vee tu da ada gf....thanks for the advices...i already read it.....

Vee said...

memang dah lame kenal pun..member lame...

yup....aku dah berpunye la.....

xsalah pun bg nasihat kt member lame...