Pages

Sunday

Ladies Night Out.

Akhirnya, tercapai juga cita2 kami untuk keluar bersama2 setelah masing2 begitu sibuk dengan kerja2 masing2. Saya sangat gembira bercampur sedih. Saya gembira kerana dapat berkenalan dengan kawan2 di tempat saya praktikal dan mereka semuanya sangat baik terhadap saya. Saya sedih kerana hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum saya meninggalkan kawan2 di sana. Saya mesti merindui mereka. Saya sayang kawan2 saya. Sekiranya masih ada harapan saya untuk kembali bekerja di situ, alangkah bahagianya hati saya. Saya mahu berjumpa dengan mereka lagi.

Tapi berkemungkinan untuk saya tidak berjumpa dengan Kak Ghus dan juga Kak Siti lagi. Kak Ghus bakal berpindah ke Sungai Buloh untuk memulakan hidup baru bersama suami dan anak2nya. Kak Siti bakal meninggalkan tugasnya kerana mengikuti suaminya selepas berkahwin.
Masing2 dengan haluan masing2. Sesungguhnya setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan.

OK. Jangan sedih2 lagi. Saya masih ada beberapa hari bersama2 kawan2 saya. Project saya pun belum habis lagi. Makin bertambah2. So, if I don't want to be sad please don't think too much about that (say goodbye :'( to my friends).
Malam tadi sangat seronok! Betul2 enjoy dengan gaya yang melampau. Nasib baik lelaki tak ramai di Manjung semalam. Errr..ataupun kami semua asyik dengan dunia kami sendiri sehinggakan tidak mempedulikan orang lain? Hi hi hi..berkemungkinan besar. Selalunya kami akan mencuci mata mencari lelaki2 yang kacak rupa paras. Tapi, malam tadi macam da pupus pula lelaki2 kacak.

















Kami memulakan aktiviti di pusat karaoke yang dimiliki oleh salah seorang pekerja dalam kilang. Thanks to him for the 50% discount less. Puas. Sangat puas. Almaklumlah, bilik VVIP. Sememangnya puas. Macam dalam disco high class pun ada. Tapi saya tak pernah masuk disco. How come that I know about the situation in a disco? Tengok TV la!! Jangan fikir bukan2.
OK. Masing2 telah menunjukkan bakat luarbiasa dalam bidang nyanyian. Masing2 mempunyai bakat terpendam rupa2nya. Kalau pejam mata, mesti tak boleh nak recognize suara siapakah itu. Hi hi hi.

Kak Ghus dengan lagu dangdutnya. Kak Nadia dengan lagu seksi-menggoda-ku-tergoda nya. Kak Mary dengan lagu rock wanita. Kak Julia dengan lagu happening gila. Kak Siti dengan lagu Siti nya. Kak Linda dengan lagu pengantinnya. Kak Nad dengan lagu sendu dalam diamnya. Dan saya dengan lagu gila2 saya. Ha ha ha.
Malangnya, tiada siapa yang memberi tepukan gemuruh. Nasib baik la ada bunyi orang tepuk ramai2 dalam screen yang pilih2 lagu tu. Kalau tak, tentu hambar kerana hanya saya seorang sahaja menyorak seperti kaum Red Indian nak pergi memburu kambing.

Setelah 2 jam dan penat menyanyikan 25buah lagu kami keluar juga dari pusat karaoke itu. Kami lapar. So, destinasi seterusnya adalah pergi mencari tempat makan. Kami menuju ke Medan Ikan Bakar dan meng'order' makanan. Dan menu kami tak ada langsung ikan bakar. Menu; 2 ekor ikan( seekor masak 3 rasa & seekor lagi masak stim), sotong goreng tepung, kangkung belacan. Mula2 ingatkan tak kenyang makan tu je. Tapi, semua dah kekenyangan macam ular sawa makan lembu. Saya dapat lah habiskan sotong goreng tepung sorang2! Ha ha ha. Untung apabila menjadi yang termuda di antara yang tua. Ops!


Aktiviti terakhir kami adalah menyampaikan hadiah perpisahan kepada Kak Ghus yang berupa electric oven.
Lepas tu semua balik rumah dan saya termimpi malam tadi Kak Siti datang rumah saya pastu saya bagi dia makan mee rebus. Itu saja.

Sangat seronok.


Dan Si Booncit saya rindukan saya kerana seharian saya sibuk dengan kawan2 saya. Sweet je masa dia bagitau yang dia rindukan saya. Hi hi hi. Thanks syg. Hari ni dia pergi Bentong. Tengok orang kahwin. Bila orang pula nak tengok kita kahwin syg? Ha ha ha. Gatal gila minah ni!

No comments: