Pages

Tuesday

Marble Cake.


Harini saya mencuba buat marble cake plak. Memang rasa seronok bila kek menjadi. Gebu dan lembut gitu. Resipi ni pun sangat senang. Boleh dicuba oleh para anak gadis yang rajin ke dapur.

Marble Cake

Bahan-bahan:

3 biji telur
300 gram mentega
1 cawan gula pasir (Ni manis sangat tau. Kalau boleh kurangkan sikit.)
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
Pewarna (Hijau, pink, coklat, kuning. Variasikan ikut kehendak anda.)

Cara-cara:
  1. Pukul telur dan gula pasir sehingga kembang.
  2. Dalam bekas berasingan, pukul mentega sehingga kembang.
  3. Campurkan telur dan gula yang sudah kembang bersama-sama mentega yang sudah kembang.
  4. Mix well.
  5. Masukkan tepung gandum dan serbuk penaik sedikit demi sedikit.
  6. Kacau rata.
  7. Asingkan beberapa bahagian adunan untuk diletakkan pewarna. Dimasukkan ke dalam loyang dengan warna yang berselang-seli.
  8. Bakar.
Mudah kan??? Selamat mencuba!

No comments: