Pages

Sunday

Sunday Blues.

Sakit perut! PMS! Osteoporosis! Hari Ahad yang tidak menyenangkan. Terpaksa menanggung segala kesakitan dengan tabah dan sabar. Hu hu hu. Si Booncit pula dalam perjalanan pulang ke Shah Alam. Semoga selamat sampai la buah hati saya yang tersayang tu.

Hari ini, mood saya totally out. Dengan cuaca yng very the sunny ni, saya memang tak suka. Saya suka kalau Malaysia ni ada cuaca macam state dalam filem Twilight tu. Lembap dan sejuk saja. Memang heaven gila!

My cousin will get married soon~! And she's 19. What a surprise~!! Cepat betul jodoh minah ni. Rasanya baru saja dia pandai mengesat hingus sendiri. Tup tup da nak kawin. Semoga berkekalan la hendaknya kerana saya kurang gemar dengan perkahwinan di usia remaja. OK, I'm wrong. Tapi apabila tengok pada tahap pemikiran dan hubungan sosial cousin saya ni, saya hanya mampu berdoa saja la. Cuma saya kesal kerana dia tidak ada keinginan utk further study ataupun bekerja menolong mak ayah dia. Dan saya takut sekiranya satu hari nanti, dia dipersia2kan. OMG, harap dijauhkan. Semoga dengan perkahwinan yang bakal berlangsung, akan membawa kebaikan kepada keluarga dia.

Kami adik-beradik sibuk fikir masa depan tapi cousin yang lagi muda dari kami sibuk membuat persiapan perkahwinan. Itulah kehidupan.

Bila melihat pada statistik penceraian di Malaysia, ramai pasangan yang berkahwin muda bercerai. So, kepada perempuan yang belum berkahwin lagi, usah risau kerana anda berada di tahap yang selamat. Tak salah sekiranya anda memilih. Jangan di kemudian hari nanti anda menyesal. Saya betul2 respect dengan perempuan yang lebih pentingkan keluarga dan kerjaya daripada memikirkan soal jodoh ni kerana sekurang2nya mereka pentingkan diri sendiri dan tidak pilih lelaki secara tangkap muat saja. Biarkan orang nak kata apa pun. Asalkan hidup terbela dan mampu membahagiakan keluarga sendiri.

Ada kes di tempat kerja saya. Seorang wanita berusia 33tahun sudah setahun berkahwin dengan suami yang berumur 25tahun. Bahagia? Hurm, I don't think so. Berdasarkan cerita dia, suaminya seorang penagih dadah, dia tinggal bersama 12 orang lagi lelaki iaitu kawan kepada suami dia dalam satu rumah dan dia tidak dibenarkan memakai seluar apabila keluar daripada rumah serta tidak dibenarkan keluar bersama2 rakan2 perempuan. Saya tidak bahagia hidup dalam keadaan begitu. Harap dijauhkan dari kita semua perkara2 begini. Daripada cerita dia, saya dapat simpulkan yang dia berkahwin dengan lelaki itu tanpa usul periksa latar belakang lelaki itu kerana terlalu kisah sangat pada cakap2 orang sekeliling. Dia bagitau saya bahawa suami dia akan bunuh dia kalau dia mintak diceraikan. Dia hanya mampu menurut sahaja kata2 suami dia. Sangat menggerunkan!

Kadang2 perkahwinan membuatkan saya ragu2 tentang kehidupan selepas berkahwin. Saya tidak menolak sunnah Rasulullah. Tapi tahap moral ummat akhir zaman membuatkn saya takut dengan kehidupan saya. Bak kata Mama, perkahwinan merupakan suatu perjudian hidup bagi seorang wanita. Jika dapat lelaki yang baik, baiklah kehidupan kita. Tapi jika sebaliknya?

Erk! Saya nak berkahwin dengan Si Booncit saya kalau masing2 sudah mampu menstabilkan ekonomi masing2. Tidak ada istilah saya kena jadi surirumh sepenuh masa dlam kamus hidup saya. Saya mahu menjadi wanita berkerjaya yang mempunyai suami yang baik dan keluarga yang bahagia. Hi hi hi.

2 comments:

Buzz said...

Hahaha. exactly betol ape k.mira ckp, mcm tkt en nk kawen?? :-P
hahaha, anything. good luck :) wish u d best, kawen jgn lupe belanja buzz mkn nasi minyak! ;)

Myra said...

hi hi hi...lama lagi la akak nak kawin...duit pun xdak lagi...hi hi hi...

well..nak belnja makan nasi minyak boleh je....jom2!