Pages

Sunday

Cinta? Perlukah?


Ha ha ha. Tajuk yang sangat tergantung. Semestinya cinta itu perlu dalam hati setiap manusia. Cinta pada Allah. Cinta pada Rasul. Cinta pada ibu bapa. Cinta pada insan yang berlainan jantina. Semua tu perlu. Tapi perlukah cinta itu ditunjukkan atau diespresikan kepada khalayak ramai?

Persoalan yang dulunya tidak pernah saya terfikir. Ketika saya mula mengenali cinta, saya hanya tahu untuk beritahu semua orang yang kami bercinta. Saya nak semua orang tahu yang saya ada kekasih. Hi hi hi. So funny! Lama kelamaan, saya berasa rimas apabila cinta dan kasih sayang itu perlu ditunjuk2 di hadapan orang ramai.


Itu pun sebab ada seseorang yang sangat bermakna dalam hidup saya yang telah mengajar saya untuk menjadikan hubungan kami istimewa. Dan menjadikan ianya kejutan kepada orang ramai apabila tibanya hari pernikahan kami nanti.

Hi hi hi.
Bukan apa, pernah suatu hari, saya berbual dengan rakan2 saya. Mereka membuka topik perbualan di mana terdapat pasangan yang telah meng'over'espresikan perasaan masing2 dalam satu laman sosial popular di dunia siber ini. OK, memang kejam untuk saya katakan tapi kami telah 'make fun' dengan sikap pasangan tersebut. Tak salah jika mahu bertanyakan khabar pasangan anda di mana2 la pun kan, asalkan tidak terlalu over dan memeluatkan pengunjung laman sosial anda.

Saya lebih suka pasangan yang 'cool'. Macam lecturer saya dan pasangannya, juga seorang lecturer saya. Mereka 'cool'. Hi hi hi.

Apakah faktor2 yang mendorong sepasang kekasih itu meng'over'espresikan perasaan masing2 ye?


Adakah sebab terlalu sayang?

@

Adakah sebab muda dan belum matang?

@
Adakah sebab mereka saja2 nak menunjuk2?
@

Adakah sebab mereka sudah tidak mempunyai sahabat lain untuk berbalas2 comment?


Saya pun sebenarnya geli dengan luahan perasaan cinta oleh pasangan2 yang sedang hangat terbakar bercinta ni. Bukan sebab saya tak boleh buat begitu ye. Sebab memang saya tersangatlah geli. Tak pernah saya tengok pasangan yang sudah benar2 halal berjiwang2 karat sampai mati pun sanggup bersama2 la, gunung bapak dahsyat tinggi sanggup di daki la, laut yang sedalam2 beberapa ribu kaki pun sanggup direnangi la. Ergh! Sick!


Apa2 pun, jangan jadikan diri anda hamba cinta. Live your life. Cukuplah sekadar memahami pasangan dan saling mempercayai pasangan.


P.S. To be happy with a man you must understand him a lot and love him a little. To be happy with a woman you must love her a lot and not try to understand her at all.

No comments: