Pages

Wednesday

Cinta Sehidup Semati. Dongeng Atau Realiti?



Mula2 sekali saya mahu sedekahkan Al-fatihah kepada pasangan Md Jan Abdul Hadi dan isterinya, Kamsiah Bakau.


Siapa mereka? Ada kaitan ke dengan saya? Jawapannya, mereka tidak ada kaitan dengan saya pun melainkan saudara sesama Islam. Tapi kenapa tiba2 saya coretkan nama mereka di dalam blog saya? Sebabnya ialah mereka adalah pasangan sehidup semati. Ya! Allahyarhamah Kamsiah Bakau meninggal dunia kerana terkejut dengan keadaan penyakit suaminya yang semakin kronik dan selepas itu Allahyarham Md Jan pula meninggal dunia selepas 15 minit isterinya meninggal dunia.

Saya tertarik dengan berita yang saya baca ini. Ini kerana semasa hayat pasangan ini, mereka sangat romantis. Jarang sekali berenggang. Makan bersama. keluar berjalan bersama. Pasangan ini sudah berkahwin selama 32 tahun. Tapi masih tetap romantis sehingga kedua2nya meninggal dunia.

Jarang sekali saya mendengar pasangan Melayu yang romantik sehingga ke tua. Selalunya pasangan dari Barat yang terlalu romantis. Jalan berpimpin tangan bagai. Kebanyakan pasangan Melayu ni terlebih romantik semasa awal perkahwinan je. Bila sudah ada anak 2 orang, startlah jalan berasingan, marah itu, marah ini. Tapi kalau tengok pasangan muda mudi Melayu yang belum ada ikatan sah, wah! kalah pasangan dari Barat! Ha ha ha! Pimpin tangan taknak lepas2. Kadang2 tu makan bersuap2 da macam laki bini. Teringat pula saya zaman muda2 dulu. Kelakar jek!

Saya ada satu contoh pasangan Melayu yang sudah tua tapi masih romantik iaitu moyang saya sendiri. Tapi, moyang saya ni ada 2 isteri. Dan yang membezakan cara lelaki dahulu dan lelaki sekarang berpoligami ialah kesetiaan lelaki dulu pada isteri pertama. Moyang saya sayang sangat dengan isteri pertama dia. Jalan pimpin tangan. Makan bersuap. Dan mereka tidak kisah langsung berbuat demikian di hadapan cucu cicit. Hi hi hi. Kini, isteri pertama dia sudah meninggal. Dan sekarang moyang saya menjaga isteri kedua dia yang sedang terlantar kesakitan. Mungkin itu sepatutnya lelaki sekarang contohi.

OK la. Saya nak berangan ada suami romantik pula. Hi hi hi.


No comments: