Pages

Tuesday

Dating. Perlukah Berbelanja Lebih?

Perlukah berbelanja lebih ketika pergi berdating? Dan siapakah yang selalu berbelanja lebih semasa berdating? Lelaki atau perempuan?

Persoalan ini ditimbulkan oleh seorang kawan saya. Kami selalu berbual pasal lelaki. Hi hi hi. Normal bagi sekumpulan perempuan kan? :p Kawan saya tu tak pernah bercinta. Jadi, dia cuba bertanyakan kepada saya dan kawan2 saya yang lain. Soalan yang ditimbulkan ialah adakah perlu berbelanja lebih setelah ada kekasih? Hi hi hi.

Macam2 jawapan yang kawan saya dapat dari kami. Antaranya:

Kawan 1 - Memang selepas sudah ada kekasih kita akan belanjakan duit lebih. Tapi dia prefer lelaki yang keluarkan duit semasa berdating sebab bf dia sudah bekerja. So, memang patutlah lelaki keluarkan duit masa dating. Tapi, kalau bf tu tak ada duit, dia prefer jalan2 saja atau pergi memancing.

Kawan 2 - Dia ni prefer lelaki yang belanja semasa keluar dating. Tapi taknak belanja lebih2. Tak faham? Saya pun. :p

Saya - Saya memang tak suka bf saya berbelanja lebih utk saya. Saya prefer 50-50. Saya bukan ada hubungan yang sah. Kalau saya jadi lelaki pun saya tidak akan sesekali berbelanja lebih untuk gf melainkan isteri saya. Hi hi hi.

Kesimpulannya, kawan saya yang belum pernah bercinta memilih untuk 50-50 macam saya. So, lelaki2 yang putih, berbadan tegap, bijak dan masih bujang sila la hubungi kawan saya. Hi hi hi.




No comments: