Pages

Friday

Hari Terakhir Bersama...









Terima kasih semua! Saya kenyang makan pizza. Terasa seperti di Itali! Hi hi hi. Pizza2 tadi sungguh menyelerakan dan semestinya menepati cita rasa saya.

Terima kasih daun keladi,
Semoga kita berjumpa lagi,
Tunggu kepulangan saya ke sini,
Saya mahu dibelanja lagi.

Amboi! Berpantun bagai. Apa2 pun, Latihan Industri bukanlah suatu tempoh yang memeritkan bagi saya. Ianya suatu pengalaman baru yang sangat indah di mana saya dapat membina sebuah hubungan kekeluargaan bersama2 rakan2 di tempat kerja. Manakan tidak, kami bekerja selama 6 hari seminggu, 9 jam setiap hari. Jadi, boleh menjadi tersangat rapat. Semua kerja kami lakukan bersama2. Tidak ada jurang pun di antara saya dengan pekerja2 lain walaupun engineer sendiri. Mereka tolong saya dan saya tolong mereka. Kenangan yang sangat indah dan sukar untuk saya lupakan dan kalau boleh memang saya tak mahu lupakan.

Terima kasih lagi sekali kepada rakan2 saya.


No comments: