Pages

Monday

Kembali Mencerahkan Kulit.

Lupakan produk2 pencerahan kulit yang hangat di pasaran sekarang. Lupakan segala jenis scrub muka yang menghabiskan wang ringgit. Gunakanlah krim pencerah Fair & Lovely. Dengan pembaharuan pada peknya, harganya juga sudah diperbaharui. Seperti biasa, semakin mahal. Packing cantik harga pun mestilah cantik jugak.

2 minggu ni saya mahu kembalikan kecerahan kulit yang pernah saya miliki dahulu. Kehitaman dan kejelagaan kulit saya agak ketara sepanjang 6 bulan saya menjalani latihan industri. Ini kerana kerja2 saya banyak melibatkan outdoor activities. Petua mengarut yang saya dapat untuk memutihkan kulit saya adalah dengan duduk di dalam rumah, duduk di tempat yang sejuk yakni duduk dalam bilik berair-conditioner with temperature 18 degree Celcius, keluarkan peluh, minum teh hijau dan tak lupa juga untuk memakai Fair & Lovely cream.

Saya mahu cerah! Saya tak mahu kelihatan berjelaga! No! No! No!!!


No comments: