Pages

Saturday

Segar Di Pagi Sabtu.


Yeah! Akhirnya dapat juga saya mengeluarkan peluh dengan banyak di atas treadmill Mama saya. Ha ha ha. Ini kerana pada hari ini saya bercuti sempena burpday Yang Di-Pertuan Agong. Puas hati saya melihat peluh keluar dari badan saya. Tidak cukup dengan berlari di atas treadmill, saya menari sebab saya memang suka menari! Tapi tak selincah dulu. Almaklumlah, dulu kaki kuat tapi sekarang saya kena berhati2 dengan kondisi kaki saya.

Rumah pun sudah siap dikemas. Mama dapat bangun lewat hari ini. Semua sudah siap. Masak je belum lagi. Puas!


Keluar peluh di tempat kerja tak sama. Itu sangat meletihkan sebenarnya. Angkat latex untuk diuji. Berfikir apa yang akan jadi pada glove hasil dari latex yang diuji itu. Sangat meletihkan sebenarnya. Tapi, pagi ni peluh itu sangat menyegarkan. Dengan cuaca pagi ini yang sejuk diikuti dengan hujan rintik2, wah! bagaikan seperti dalam filem Twilight! Ahaks~!


Sekarang sedang menikmati teh hijau yang juga sudah lama ditinggalkan kerana kesibukan dalam menguruskan hal2 peribadi. Bestnya hari ini! Fresh!


Dan pada hari ini juga saya mahu menyiapkan experiment report dengan tenang sekali. Mana tau next week ada meeting. Lebih baik saya mempersiapkan diri lebih awal. Tidak begitu? Hi hi hi.


Si Booncit will enjoying a warehouse sale yang saya sendiri tak tau katne jualan tuh. Apa2 je la sayang oii. Dia ingat saya kerja hari ni that's why la dia nak pergi ke warehouse sale tuh berseorangan plak tuh. Apa tah yang nak dibeli oleh mamat tu agaknya. Macam2 la dia. Ingatkan nak kejutkan dia pukul 6pagi tadi. Tapi, saya terbangun jam 6.50 pagi. Hi hi hi..sorry!

Yang penting, malam tadi dia sangat sweet. Mesti dia pelik. Asyik sweet jek. Lama2 boleh kene sweet pee plak! Ha ha ha. Just kidding~


Hurm. Memandangkan tempoh untuk latihan industri saya hampir tamat, saya dengan ini mengisytiharkan untuk melakukan crash diet sepanjang saya berada di rumah. Takut badan bertambah2 chubby. Hi hi hi. Seperti masa dulu, saya mahu berkempen! Kempen 'Say No To Rice' dan kempen 'Sweating Feels Good!'. Kempen 'Say No To Rice' adalah untuk mengurangkan jumlah carbo yang masuk dalam badan saya. Kalau boleh tak nak masuk pun. Tapi saya tidak terlalu memaksa badan saya untuk buat semua ni. I love my body k. So, mungkin saya buat secara berperingkat2. Kempen 'Sweating Feels Good!' plak adalah untuk saya melakukan some exercise untuk memantapkan stamina saya dan emosi saya. Untuk ini juga saya tidak mahu memaksa diri saya bersenam kerana utk slim, tapi saya buat sebab to make sure that my body fit. Tegap!

Yeah!
Janganlah saya mengabaikan kempen ni. Kang Si Booncit gelak plak. :p

Wokeh!

~peace with love. xoxo.




No comments: