Pages

Monday

Selebriti Barat Pun Ada Cacat Celanya.

Kita sering digambarkan dengan keindahan fizikal selebriti barat. Hidung mancung, kulit putih, mata biru, badan perfect dan macam2 lagi. Tapi sebenarnya kita tak tau yang mereka bukanlah perfect sangat. Dan saya merasakan bakat yang ada pada mereka telah menutup segala kekurangan mereka selain dari teknik photoshop. Hi hi hi. Jom tengok apa yang kurang pada mereka.

Jennifer Garner mengalami kecacatan jari kaki yang hujung sekali tu bertindih. Ini mungkin sebab dia selalu pakai kasut tumit tinggi yang kecik2.

Ini Vince Vaughn. Tengok ibu jari tangan dia. Ini disebabkan oleh kemalangan yang dialami beliau ketika di usia 17tahun.

Ini Stephen Colbert. Dia pernah mengalami ketumbuhan pada telinga dia. Selain dari kecacatan pada cuping telinga dia selepas pembedahan, dia turut mengalami sindrom pekak. Kesian.

Ini Damon Wayans. Dia ni handsome. Tapi tak sangka kaki dia macam tu. Kecacatan sejak lahir. Hu hu hu.

Ini pelakon siri CSI, Robert David Hall. Saya ingat dia saja berlakon jadi doktor tempang. Rupa2nya memang kaki dia betul2 tak ada. Sebabnya, dia pernah terlibat dalam kemalangan yang sangat ngeri pada tahun 1978 yang telah meragut kedua2 kaki beliau. Ish2!


Dari kiri atas; Kate Bosworth, Jane Seymoour & Dan Aykroyd. Dari kiri bawah; Mila Kunis, Christopher Walken & Kiefer Sutherland. Mereka ini mengalami penyakit yang sangat jarang berlaku. Mereka mempunyai warna mata yang berbeza!

Ini DJ Paul. Tangan dia tak boleh membesar. Jadi, tangan dia seperti tangan bayi.

Ini Karolina Kurkova, model Victoria's Secret. Dia takde pusat disebabkan oleh kesalahan doktor yang menjalankan pembedahan ketika dia di zaman kanak2.


Dari kiri; Mark Wahlberg, Lily Allen, Carrie Underwood & Tilda Swinton. Mereka ada 3 puting di dada. Hu hu hu.


Ini pelakon kegemaran saya, Megan fox. Dia ada rupa ibu jari tangan yang sangat pelik.

Ini kaki Kate Hudson & Halle Berry. Mereka ada 6jari kaki.

Ini pula Hrithik Roshan. Nampak kan? Kecacatan dari lahir.

Apa pun kecacatan yang mereka alami, mereka mampu utk berjaya dalam bidang yang mereka ceburi. Setiap manusia tiada yang betul2 sempurna dan tiada juga manusia yang mahu gagal. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. ~XOXO.



2 comments:

Lynda.CG said...

yang bagusnya mereka tidak menggunakan kelemahan mereka meraih simpati malah mencari kelebihan mereka sehingga tiada siapa sedar mereka sebenarnya tidak sempurna :)

Myra said...

yup! betul sgt2...mereka boleh berjaya...kita yg sempurna pun mesti boleh berjaya....:)