Pages

Friday

Ada Apa Dengan Cinta?


Jiwangnya!

Hi hi hi. Saya pernah terbaca satu artikel tau. Dan semestinya artikel tersebut dimiliki penulis lelaki. Dia kata, blogger perempuan ni mesti akan tulis macam2 yang sweet pasal bf diorang kat dalam blog siap letak gambar kat lagi kat dalam blog. Penuh plak tu! Tapi bila da putus, blog diorang pasti clear. Bersih dari sebarang gambar hantuk2 kepala ngan bf semasa di alam percintaan. Tambah penulis artikel tu lagi, jarang dia nampak blogger lelaki promot gf dalam blog atau mana2 laman sosial lain. Hi hi hi.

Bagi saya, itu adalah pandangan masing2. Kreativiti masing2 nak letak apa pun dalam blog mereka. Blog mereka, kebebasan mereka. Perempuan dengan lelaki perlu ada perbezaaan. Mana la boleh sama je semua. Kalau perempuan ikut perangai lelaki, lelaki jugak tak suka. Kalau lelaki ikut perangai perempuan, gedik semacam la pulak saya tengok.

Apa2 pun saya nak nyatakan di sini, di blog peribadi saya, saya sudah jatuh cinta!

Si Booncit saya telah mencuri hati saya. Hati saya telah terpenjara di dalam hati dia. Chewah! Jiwang gila!

Walau apa pun yang jadi, yang datang untuk menduga cinta kami, saya tidak akan sesekali melatah malah saya akan mempertahankan cinta saya. Kali ni, saya tidak mahu mengalah. Siapa kuat, dia akan menang. Istilah mengalah dalam percintaan tidak akan sekali terlintas dalam benak fikiran saya.

Even sampai sekarang bekas cinta lama saya dulu masih berhubung dengan saya walaupun dia sendiri sudah mempunyai kekasih hati, saya tetap mahu bersama cinta saya. Cinta saya yang telah mendapat restu dari kedua ibu bapa saya. Even dia sendiri masih ditaruh hati oleh kekasih lama yang pergi tanpa khabar berita, saya yakin dan percaya, dia tidak akan berpaling daripada menyayangi saya. Dia sayang saya. Sebab saya dapat rasa yang dia terlalu menyayangi saya.

Saya doakan Si Booncit akan terus berjaya kerana dia lelaki yang jujur. Seorang lelaki jujur akan terus berusaha untuk berjaya dalam apa yg dilakukan dan sangat komited dan setia dengan cinta hati dia. Itulah Si Booncit saya.

2 comments:

Pinky Pixie said...

so sweet la dear.. =)

eyes143.. said...

never give up dear..
anin pn still tak give up even da setaun lebih skrg..