Pages

Wednesday

Alhamdulillah.

Saya betul2 bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberikan saya rezeki yang melimpah ruah. Saya bersyukur padaMu ya Allah!

1st, subject registration semuanya sudah selesai. Segala yang berkaitan dengan transfer credit insyaAllah akan selesai dalam minggu ni.

2nd, masih menunggu jawapan dari pihak PTPTN. Tapi, alhamdulillah segala proses permohonan berjalan dengan lancar.

3rd, lappy saya hari ini sangat bagus. Tidak buat hal seperti semalam. Bersyukur lagi sekali. Sesungguhnya setiap masa manusia perlu bersyukur.

4th, Lily dengan Kina dibenarkan untuk masuk ke kelas Material & Energy Balance even keputusan untuk prerequisite subject mereka tidak lepas utk mereka amik subjek Material. Alhamdulillah. Saya lebih selesa study bersama2 mereka. Hi hi hi.

5th, 2 orang classmates saya yang tidak diterima masuk untuk kemasukan direct entry UMP for degree telah pun diterima masuk untuk menyambung pelajaran mereka. Alhamdulillah. Lega hati saya kerana saya memahami perasaan mereka yang gagal dalam apa jua perkara yang mereka minat. Saya pernah mengalami kegagalan itu suatu masa dulu.

Kalau difikirkan dalam2, sememangnya kita perlu bersyukur kerana diberikan oksigen yang terlebih dari cukup untuk bernafas. Setiap nafas kita membolehkan kita berfikir macam2 yang boleh membawa banyak kebaikan kepada diri kita.

Hari ni saja saya rasa seperti sangat seronok apabila masuk ke kelas.

Hope, hari2 lain pun saya masih bersemangat untuk meneruskan pengajian saya. Semoga Allah menguatkan semangat saya dan rakan2 yang lain dalam menempuhi segala dugaan yang datang dalam masa pengajian.

Terima kasih kepada keluarga saya serta Si Booncit kerana memberikan semangat yang bertubi2 kepada saya tanpa jemu. Si Booncit terutamanya, selalu mengingatkan saya untuk study betul2. Hi hi hi. Dia nak saya ada degree jugak.

Seperti biasa, saya tak sabar2 nak tunggu masa konvo diploma. Hi hi hi!

No comments: