Pages

Sunday

Atkin's Diet?


Sanggup ke saya nak amalkan diet rendah karbohidrat ni? Mula2 terfikir untuk melakukan diet jenis ini, tapi, bila saya fikirkan balik, mampukah saya nak lakukan induction bagi menyempurnakan 1st step untuk diet ini dengan jayanya selama 2 minggu tanpa menyentuh sebarang makanan yang berunsurkan karbohidrat?

Pada mulanya memang saya bertekad, tapi setelah melihat biskut dan prune serta megi yang masih ada dalam simpanan, saya batalkan niat saya. Mungkin saya akan lakukan tapi bukan sekarang. Kalau nak ikutkan, mama boleh saja kurus tanpa perlu meninggalkan nasi dalam menu seharian, kenapa saya tidak. Cuma I'll cut off the portion of my meal. Mungkin tunggu saya stabil dengan keadaan saya di sini dulu yang sememangnya memerlukan saya berusaha keras menggunakan mental dan fizikal.

Tapi, saya betul2 nak melakukan diet jenis ni, low carbs diet. Cuma, saya haru mengatasi dugaan di sini dahulu. Target saya perlu dicapai sebelum bulan 10. Saya nak konvo dengan penuh anggun! Ha ha ha! Bulan 8 ni puasa Ramadhan.

Haiiii! Kenapalah orang Malaysia ni perlu makan nasi? Sukar!

Dalam diet Atkins, saya tidak dibenarkan langsung menyentuh sebarang makanan berunsurkan karbohidrat. Termasuklah buah2an yang mengandungi glukosa 1 of carbo's family. Saya hanya boleh makan ayam goreng, ikan goreng, sayur2an hijau. Ini adalah untuk proses induction. Hanya 2 minggu diperlukan. After 2 weeks, boleh ambil sedikit demi sedikit carbo.

Senang je kan?

Saya mesti cuba! I love my body!

No comments: