Pages

Thursday

Pagi Yang Dingin.

Jam menunjukkan angka 1.47 a.m.. Saya masih berjaga, berbanding dengan hari kebiasaan saya sebelum ini yakni di rumah, saya sudah lena dibuai mimpi. Saya baru sahaja menyiapkan report proposal bersama rakan2 sekumpulan saya bagi subject Academic Report Writing.

Esok masih ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan pada hujung minggu ini. Perancangan saya bertemu dengan seseorang pada hari Sabtu terpaksa dibatalkan ekoran kedengkian adik kandung sendiri yang tidak boleh langsung melihat saya gembira. OK. Dan saya memang tidak ada mood untuk layan sesiapa sahaja yang ada hubungan pertalian darah dengan saya kerana sekarang saya lebih memerlukan kawan2 untuk membangkitkan semangat saya.

Secara keseluruhannya, pada hari ini, saya sangat terkilan dan letih dengan apa yang saya buat.

Sepanjang minggu ini dan minggu lepas, kehidupan baru saya sebagai seorang pelajar sangat berserabut. Saya tidak tahu saya betul2 sudah cukup rehat ataupun tidak kerana saya rasa dalam sehari saya hanya sempat berada dalam bilik selama beberapa jam tidak termasuk tidur. Tidur lewat. Bangun awal pagi. Berbeza sungguh kehidupan sebagai seorang pelajar diploma dengan ijazah. Semasa diploma dahulu saya sempat memenuhi masa saya dengan tidur selama beberapa jam di waktu siang. Hi hi hi.

Walaubagaimanapun, secara keseluruhannya saya amat gembira dengan kehidupan baru saya sekarang. Saya kurang berfikir fasal keluarga serta masalah2 minor. Bagi saya, masalah untuk selesaikan fasa bendalir wap dan cecair adalah major. Saya sangat berharap agar saya mampu mengekalkan pemikiran dalam permasalahan saya pada masa hadapan adalah sama dengan sekarang ini.

Selamat malam. xoxo.

No comments: