Pages

Thursday

Perempuan Sangat Materialistik!

Ok. Saya dengar radio pagi tadi. Dengar perbualan DJ dengan pemanggil. Pemanggil tu seorang lelaki. Nak settlekan masalah cinta dia. DJ tu call gf lelaki tu. Jawapannya yang diberikan perempuan itu sangat tak relevan. Perempuan tu kata, bf dia takde duit nak belikan mekap dia, bagi makan dia, and takde masa depan dengan dia. What the tutttt! Takde masa depan sebab takde duit? Dan perempuan tu sudah dating dengan lelaki yang lebih kaya dari lelaki berkenaan tau!

Saya perempuan dan saya tak suka perempuan materialistik yang tak relevan! Sedih je dengar bila lelaki tu kata tak cukup ke buku yang dia bagi kat perempuan tu dan jawapan perempuan tu, buku tak menjamin masa depan. Ha ha ha. So, dari situ saya buat kesimpulan awal, perempuan tu memang tak guna dan mata duitan.

Ada apa dengan duit? Ya. Bagi saya, duit memang penting untuk masa depan. Tapi, duit bukannya satu2 material yang penting untuk menjamin masa depan yang perfect. Kalau perempuan tu ada akal, dia boleh fikir untuk sama2 mencari duit dan bahagia dengan lelaki yang setia dengan dia.

Saya pun kadang2 tak faham dengan kaum perempuan yang ada depan saya. Minta macam2 dari teman lelaki tapi nak suruh teman lelaki diorg kumpul duit dalam masa yang sama. Nak kahwin cepat. Hantaran tinggi melambung. Kesian kaum lelaki. Kesian sangat tau.

Kalau tengok kawan2, betapa mudahnya mereka meminta macam2 daripada bf mereka. Kenapa ekk? Tu belum jadi suami isteri lagi. OK. Saya marah kalau adik perempuan saya menyusahkan bf dia sebab saya ada adik lelaki. Saya selalu pesan dengan adik lelaki saya, selagi takde duit hasil dari titik peluh sendiri, janganlah memandai2 nak bagi perempuan lain kesenangan. Kalau da ada duit sendiri, selepas puas menolong mama dan ayah, baru la nak bagi adiah ke atau apa.

Bagi saya, hadiah atau bunga atau coklat adalah suatu pembaziran. Tapi kalau bf saya nak bagi pun apa salahnya. Saya pilih coklat ye. Hi hi hi.

P.S. "Apa yang penting? Kerjasama!!", Wonderpets.

13 comments:

shima said...

ape ar pompuan tuh.wat malu je.

Myra said...

Kesian tau lelaki tu. Berkemungkinan besar, lelaki aka the latest bf will be dump by her soon. hi hi hi.

----yan azna---- said...

ntah ape2 ler pompuan tuh..nk beli macam2..keje ler sndri ..xyah nk mintak laki belikn..

Myra said...

tu la pasal kan. lainla kalo da jdik bini sah. nak mintak bulan pun boleh. ni setakat gf jek.

jadikan iktibar utk kita semua ye.

MissNafa said...

boleh plak sampai bagi buku..huhu..sbnrnye pempuan tuh saje bagi alasan sbb xmau lagi ngn laki tuh!

Myra said...

mungkin juga. tapi sebab apa dia xnak? mesti sebab lelaki tu xde duit nak penuhi segala nafsu materialistik dia. hi hi hi.

eqacashperlala said...

ye ye
saye dengar pasal ni

Brother love kan?
perempuan tu sangat tak profesional
bagitahu satu Malaysia keburukan diri sendiri

Myra said...

ha'ah...brother love...teruk sgt perempuan berkenaan....sedeyh je suara lelaki tu....

eqacashperlala said...

ntah lah
kalau ye pun xsuke, jg bagitahu satu Malaysia

malu laki tuh, on air kene kutuk.

malukan kaum pompan je b**** tu

Myra said...

hi hi hi...mesti pompuan tu jenis yg suka bersosial...kalo yg jenis baik...macam kita ni...mesti xjdi gitu kan...

hi hi hi...

abu said...

amboi u nk coklat eh mira...
t i bgtau si mr booncit k

Myra said...

bgtau dia tau....saya nak coklat cadbury....plus kisses!

Lynda.CG said...

to be honest im a material gal but I dun use my men money to buy my stuff. yes adalah kdg2 ngade2 nk mnta dia belikan but not most of the time. jgn nk malukan kaum pompuan ok nk bergaya pki duit org, puhleeeezzz....