Pages

Saturday

Sehari Di Rumah.

Seperti biasa kalau saya di rumah, Deli mesti tengok cerita kartun. Mama menyiram pokok bunga. Ayah pula baru saja lepas mengayuh basikal. Nakip sedang nyenyak tidur kerana demam (selalunya sebab duduk kat McD sampai kul 3 pagi). Saya? Surfing internet la. Ha ha ha!

Saya balik ke rumah ni di atas beberapa urusan yang belum diselesaikan iaitu PTPTN. Semalam adalah tarikh semakan kelayakan pinjaman. Tapi, sampai hari ini saya belum lagi mendapat jawapan dari pihak PTPTN. Saya mahu mengambil tandatangan dari ayah ngan mama dan juga cop pengesahan dari ayah Bari. Tapi jawapan masih belum diterima. Mengapa dan kenapa??

Selain itu, saya pulang ke rumah kerana saya mahu mengambil laptop baru dan juga buku2 DD untuk subjek semester ni. Jimat duit saya. Ha ha ha.

Pada minggu depannya pula, saya merancang mahu singgah ke Karak. Ada hal peribadi di situ. Hi hi hi. Harap2 semuanya berjalan dengan lancar.

Subjek untuk Academic Report Writing perlu disiapkan pada hari ini. Busy kan saya ni? Ha ha ha.

Saya memang seorang yang poyo! Awal minggu masuk sem saya da menangis2 sebab da lupa formula isipadu cylinder. Ops! Jangan gelakkan saya k!

No comments: