Pages

Friday

Sudah Bersedia Berkhidmat Untuk Negara.

"Saya sudah bersedia!".

Itulah kata2 semangat dari saya. Hi hi hi. Esok, seawal jam 5 pagi, saya dan keluarga akan sama2 berangkat ke Kuantan untuk mendaftarkan saya masuk UMP. Ya, seperti yang sedia maklum saya akan menyambung pengajian saya ke peringkat seterusnya dalam bidang Kejuruteraan Kimia dan saya memulakan pengajian di tahun 2.

Saya baru saja bertanyakan pada rakan2 yang sudah pun berpengalaman tentang keadaan mereka semasa menduduki kursus itu. Dan saya mulai takut kerana mereka mengatakan ianya sangat susah dan boleh bikin sang arjuna meraung2. Oh no! So scared!

Selama 3tahun saya akan bergelar perempuan kurang siuman. Si Booncit, bersabarlah. Andai kita masih bisa diketemukan seperti princess(me) and her frog(Si Booncit), kita akan ketemu jua. Percayalah, hatimu, hatiku jua. Otakmu berikan kepadaku agar aku bisa menempuhi penyelewengan fikiran selama berada di UMP.

Apa yang penting, saya benci minggu orientasi. Kenapalah tak boleh nak escape dari minggu orientasi ni. Saya dan kawan2 saya adalah senior! Saya tak mahu pergi orientasi! Pakai baju batik. Pakai t-shirt orientasi. Eee. Mesti mood saya down sepanjang minggu orientasi ni berlangsung. Tiada lagi senyuman di wajahku! Arghh!

P.S. Takut baju untuk orientasi tak muat. Damn!

No comments: