Pages

Thursday

The Twilight Saga: Eclipse Mengecewakan!

Ha ha ha. Muka excited sebelum menonton filem Twilight Eclipse. Malam tadi dengan secara tiba2nya saya mengajak DD, Ejad & Intan untuk keluar menonton wayang di Kuantan. Punyalah excited dan teruja apabila saya teringatkan Jacob Black.

Tapi, selepas 2 jam lebeyh dalam panggung tengok muvi tu, saya terpaksa admit bahawa Twilight kali ni masih lagi sama seperti Twilight Saga:New Moon. Nak menangis je rasanya! Tak best langsung! Terlalu banyak adegan bercium. Kata2 manis mereka pun sangat la kurang. Jacob Black da tak best. Bella sangat pentingkan diri sendiri. Edward lembap macam pondan! Ergh!

Watak paling saya suka kali ini adalah watak pasangan Alice Cullen dan Jasper Hale. Bagi saya, mereka agak menonjol berbanding Bella dan Edward. Mereka sangat sweet. Oh ma gosh! Saya suka scene bila Jasper mengajar pontianak2 dan wolf2 ni bagaimana nak bunuh kumpulan pontianak2 yang jahat. Lepas tu, part Jasper ngan Alice berlatih berlawan sama2. Sweet sgt!

Watak Victoria guna pelakon wanita lain. Big mistake! She's not suitable with Victoria's role. Saya kecewa sangat la dengan Twilight kali ni.

Dan saya kecewa sangat apabila ada segelintir pasangan yang sudah bergelar ibu bapa membawa anak2 mereka yang masih kecil menonton filem ini. Sudah lah screen panggung tu besar ditambah pula dngan aksi2 romance (...romen) dalam muvi tu. Tayangan bermula jam 10.15 malam. Kenapalah bijak sangat ibu bapa kanak2 itu ye. Saya pun tak faham. Dan lagi saya tak faham pasangan itu adalah Melayu Islam! OK. Saya masih bujang. Tak kisah pun. Tapi kalau saya ada anak, saya tak akan bawa mereka sama2 untuk menonton muvi yang telah diklasifikasikan untuk tontonan mereka yang berumur 18tahun ke atas.

Kesimpulan entry saya kali ni; The Twilight Saga:Eclipse bukanlah filem yang hangat buat masa ini. Tammat.

5 comments:

Pinky Pixie said...

ramai yg komen citer kali ni x best sbb mcm adengan bcium. hihi..

Myra said...

yup! boleh dikatakan setiap saat dorg kiss. mula2 dorg kiss nmpk sweet, tp lama2 tgk naik meluat sgt!

Lynda.CG said...

alamak ni komen tah bape byk Lynda baca negatif ttg eclipse. tp kalo new moon pun kureng apetah lg eclipse kan. bab fam bwk anak tu mmg letih la. mana2 pun sm je tak pkir ke. pastu nk msk paper kanak2 wat aksi mesra tp slh sapa?

Myra said...

yup..saya tertgk pun sebab diorg kata bella nak pregnant n bertukar jadik vampire...tp itu sume dusta belaka!!

jangan la tgk..memang xbes sama macam new moon...

mengantuk tgk adegan cium2 ni...setiap saat bercium...nyampah!

mula2 tayangan mcm gempak! ticket sold out la..tah pape je...siyes rugi...seb bek tgk hari rabu...hi hi hi...

Mr. Flame said...

Len kali tgk cite Inception...syok2