Pages

Monday

Hidup Saya Kucar-Kacir.

Huwaaa!

Lepas keluar dari hospital kehidupan saya tunggang langgang. Sudah terbabas dari track! Oh tidak! Banyak baju tak basuh. Banyak subjek yang saya kena study kerana Test 1 hampir sudah tiba. Dan yang paling penting adalah hari esok! Saya baru sahaja dimaklumkan semalam tentang task2 yang perlu dihantar kepada lecturer pada minggu lepas. OK. Saya kucar-kacir sekarang. Nonie sudah hantar. Selamat. Tapi ada lagi seorang yang belum hantar. Saya dikecualikan kerana saya ada alasan2 yang munasabah. Pastinya meletup la lecturer tu nanti. Saya kena juga siapkan malam ni. Tak tidur pun tak mengapa la. Tapi, itupun kalau mata saya mampu menahan.

Ergh!

Saya cuba untuk settlekan satu demi satu. Baju2 yang sebakul besar sudah siap saya cuci. Lunch yang sepatutnya jam 1.00ptg saya ambil. sudahpun saya selesaikan pada jam 5.00ptg. Tunggang langgang hidup saya ni. Malam ini ada lagi kelas yang bakal menggugat kekuatan pinggang saya. Lagi pening. Sudah beberapa minggu saya bercadang untuk study subjek malam ni. Tapi pelbagai halangan saya hadapi.

Aduh!

Kalau la saya tahu hidup saya kucar-kacir macam ni, sudah lama saya membuat keputusan untuk melakukan pembedahan. Hi hi hi.

Doakan saya tabah dalam menempuh dugaan hidup ini dan menempuh bulan Ramadhan yang bakal menjelma tidak lama lagi. Saya percaya, di awal2 puasa nanti bulan saya akan memasuki fasa yang penuh. Ha ha ha!

No comments: