Pages

Wednesday

Mata Panda.


Harini menu untuk berbuka puasa adalah seperti berikut:
  1. Soya bean cincau
  2. Kerabu perut
  3. Ikan masak black pepper
  4. Telur dadar
  5. Kuih-muih (cara berlauk, karipap)
  6. Nasi masak sendiri.
Malam ni ada kelas Technopreneurship.

Semakin hari, semakin kuat saya rasakan debaran untuk menjawab Test 1 bermula pada Jumaat ni bagi subjek Material & Energy Balance. Mata saya sudah seperti mata seekor panda yang comel. Begitu juga dengan rakan2 saya. Diyana dan Syazana memang da bermata cengkung kerana tidak berhenti study. Aida pula bermata panda sebab terlalu lama mengadap Facebook. Ha ha ha. Student baru paling sempoi pada abad ini. Meja study dia menjadi tempat kami meletakkan perkakasan eletrik kerana mejanya seperti tidak berfungsi seperti meja2 kami. Apa2 aja la Aida!

Baju kembali menimbun. Ya. Saya akan rasa kehidupan saya kucar-kacir apabila melihat bakul dipenuhi dengan baju2 kotor. Huwargh! Takde ke servis orang mencuci baju? Ops! UMP sekarang sudah ada dobi! Hantar je. Esok amik. Tapi, saya belum berkesempatan untuk menggunakan servis itu kerana saya memang seorang yang pemalas. Nak drive kereta pun malas. Inikan pula berjalan kaki.

Hanya tinggal 2 minggu sahaja lagi untuk saya bertungkus lumus sebelum pulang bercuti yang dijangka pada 3hb September 2010. Lega sikit. Tak perlulah saya bersusah payah membeli makanan setiap hari kerana di rumah saya dapat menikmati juadah berbuka puasa dengan tenang dan banyak sekali! Ha ha ha!

P/S. Thank to Mr. Booncit for loving me as I do.

No comments: