Pages

Tuesday

Sakit Lagi.


Oldskool kan! Hi hi hi. Ini gambar di majalah sekolah masa umur 16 tahun atau 17 tahun. Kelakar ada. Cute pun ada. Ahaks!

Ok. Harini kesakitan pada pinggang saya semakin teruk saya rasakan. Sehinggakan kedua2 belah kaki saya terasa sakit dan seperti lemah saja. Terus terang saya katakan saya sekarang sangat takut. Ada sesuatu yang bermain dalam kepala saya. Tapi, biar saya seorang sahaja yang tahu.

Duduk dan berdiri serba tak kena. Apabila berjalan, badan saya senget sebab saya menahan sakit di bahagian kanan badan saya. Hanya tuhan saja yang tahu penderitaan saya sekarang ni. Punca kesakitan masih belum dapat di'trace' lagi. Insyaallah pada petang ini saya akan dibawa ke Kuantan Medical Centre (KMC) oleh DD dan Ejad.

Sudah pastinya saya perlu bermalam di sana.

Saya berharap agar doktor di sana dapat detect apa punca kesakitan saya. Saya sudah tidak tahan menanggung kesakitan pinggang ni. Sudah 4 hari saya menahan sakit. Memang pada hari ke-4 ini saya seperti letih sangat2 untuk menahan lagi sakit saya.

Doakan kesihatan saya.

1 comment:

-m- said...

babe are u ok? sakit ape ni?cite ckit.klu segan.text me k..im worried.