Pages

Saturday

Saya Jatuh Cinta!


I'm in love! Ops! Lupa. Saya jatuh cinta la! Hi hi hi. Kena praktis berbahasa Melayu. Nanti ada orang tak puas hati pula. Entry jatuh cinta ni hot sikit. Mana taknya, disebabkan entry berbentuk sebegini la saya di'smash' hebat oleh seorang perempuan. Ha ha ha.

Si Booncit sudah banyak kali mencairkan hati saya dengan macam2 perkara. Bukan dengan wang ringgit dan segala bentuk hadiah. Dan bukan juga dengan ayat2 manis yang selalunya seorang bf ucapkan pada gf mereka. Tapi....hi hi hi. Si Booncit tak romantik. Dia pun tak la berjiwang karat gila. Dia minat bola sepak. Dia minat main games. Dia juga minat makanan yang pedas2. Dia tak suka perempuan yang terlebih manja. Dia tegas. Dia selalu marahkan saya sebab saya tak suka makan ubat. Dia sangat tegas.

Hari ini ada 2 perkara yang dia buat sampai saya betul2 jatuh cinta lagi dan lagi. Saya sayang dia. Hi hi hi. Saya boleh melihat bunga2 depan mata saya ditiup angin yang sepoi2 bahasa. Wah!

No comments: