Pages

Thursday

Saya Nak Jadi Pandai.

Saya mahu jadi seorang manusia yang pandai. Saya mahu memiliki bergulung2 qualification. Saya perlu berusaha dengan bersungguh2 untuk mencapai cita2 saya. Saya perlu berusaha dengan lebih kuat selepas ini. Orang yang berjaya tidak pernah bersenang lenang sebelum mereka berjaya. Mereka bersusah payah utk mencapai kejayaan mereka. Kenapa tidak saya? Saya tidak patut memanjakan diri saya sendiri jika saya mahu berjaya. Orang berjaya mana ada tidur sepanjang masa. Mereka sangat2 berusaha. Mereka tidak ada masa untuk bergembira dengan perkara yang sia2. Cukuplah sekadar keluar bersama rakan2 dan belajar bersama2 rakan2.

Saya perlu set minda saya untuk berjaya. Bukan demi siapa2. Saya mahu menegakkan Islam. Saya mahu menjadi muslimah yang berjihad demi Islam dengan cara belajar tinggi2. Untuk diri saya bagi menerima keberkatan dari Pencipta saya. Dia mengurniakan saya akal fikiran. Kenapa tidak saya gunakan untuk saya mencapai kejayaan saya? Perlu ke saya memikirkan soal yang remeh temeh pada masa sekarang? No!

Si Booncit pun menginginkan untuk melihat saya berjaya. Apatah lagi kedua ibu bapa saya. Saya perlu berusaha. Kalau saya tidak berusaha untuk berjaya, apakah motif saya hidup di dunia ni kalau bukan untuk membahagiakan orang2 tersayang di samping beribadat kepada Allah? Saya teringin menjadi manusia yang penuh ilmu di dada. Bukan setakat berpengetahuan dengan ilmu semasa, tapi saya mahu memenuhi dada saya dengan ilmu yang Allah sudah turunkan di bumi ini untuk saya mengkaji. Orang lain boleh kenapa saya tak boleh?? Saya pasti boleh. Cuma saya perlu gandakan usaha dan ibadat pada Allah, Pencipta Maha Agung saya.

No comments: