Pages

Sunday

Selambak!

Ni entry memang selambak! Hi hi hi. Banyak cerita nak saya coretkan di sini di samping mahu memberitahu kepada kawan2 yang sudi menjenguk dan membaca blog saya yang xseberapa comel lagi ni tentang suka duka saya sepanjang minggu ni.

Pada hari Isnin yang lepas, saya mengalami sakit belakang yang agak teruk. Saya dinasihatkan agar pergi ke klinik atau hospital untuk mengetahui apa yang menyebabkan saya sakit begitu teruk. Ejad ngan DD bawa saya ke hospital. Pada mulanya, saya mahu ke klinik sahaja.Tapi, memandangkan keadaan saya yang sudah seperti manusia bertulangbelakangkan tulang belakang sotong, Ejad terus membawa saya ke HTAA, Kuantan.

(Di sini akan saya simpulkan kedaan hospital kerajaan dan hospital swasta.)

Di HTAA, saya seperti pesakit biasa, menunggu giliran yang sememangnya lama. Tapi saya ditambahkan dengan sakit yang memang xnak kurang lagi da. Memang macam2 manusia dia situ. Tapi yang menarik perhatian saya ialah seorang remaja perempuan yang pregnant. Dalam fikiran saya, macam2 da saya fikir. Hi hi hi. Ok. No giliran saya dipanggil. Doktor perempuan. Dia tanya dan saya jawab. macam biasa. Dia kemudian tekan2 tulang belakang saya. Sakit tak? Tak sakit. Dia bagi botol air kencing. Saya bagi sampel air kencing saya. Doktor kerajaan mengesahkan saya kencing kotor. Saya pulang ke UMP.

Sakit saya tak kurang2!

Hari Selasa saya ke Kuantan Medical Centre (KMC). Jumpa dengan pakar ortopedik di situ. Jawapan kepada punca saya sakit belakang semakin tepat. Disc di antara tulang saya sudah terkeluar. Tapi, saya perlu kembali keesokan harinya untuk dimasukkan ke dalam wad.

Hari Rabu, saya ke KMC. Wad penuh! Saya adalah giliran yang ke 28 menunggu untuk dimasukkan wad. Damn! Sakit gila da belakang saya ni. Nasib baik la parents saya ada. Ayah terus kejarkan saya ke Kuantan Specialist, Kuantan.

Di sana, saya diperiksa lagi dengan pakar ortopedik. Doktor suh saya pergi X-Ray. Dari situ, saya didapati memang disc tergelincir dari tulang! Doktor suh saya masuk wad kerana saya perlu melakukan satu lagi scan yang penting, MRI scan dan beberapa gerakan dalam fisioterapi. Saya sudah tidak dapat lagi menahan kesakitan saya. Saya ingatkan boleh terus masuk wad sama macam di Hospital Pantai puteri di Ipoh. Tapi saya perlu mendaftar dahulu untuk admission yang memerlukan saya menahan sakit selama 1 jam!

Damn! Damn! Damn!

Tapi, alhamdulillah saya dikurangkan sakit dengan suntikan ubat2an yang sangat bagus sekali!

Esoknya, Khamis, saya buat MRI scan. Memang menakutkan dan membosankan! Dari MRI scan saya akan diberitahu untuk keputusannya hari Jumaat. Dapat anda bayangkan saya sakit berapa lama? Nasib baik la sesi fisioterapi melegakan sakit saya. Saya puji department fisioterapi di Kuantan Specialist. Saya puji! Mereka ramah dan mesra.



Hari Jumaat, saya jumpa doktor. Tengok keadaan tulang saya dari MRI scan yang saya buat pada hari Khamis. OK. Disc yang terkeluar dari tulang saya sudah terkena saraf tunjang saya dan doktor menyarankan agar saya melakukan pembedahan untuk mengurangkan rasa sakit. Saya menangis. Saya baru sahaja masuk belajar. Takkan saya perlu tangguh sem lagi? Argh! Mama mendesak agar saya melakukan pembedahan itu. Tapi saya sudah membuat keputusan yang nekad. Saya mahu melakukan pembedahan itu hanya setelah saya mendapatkan ijazah saya.

Ok. Hari Jumaat saya balik.

Kesimpulan di sini, dari pandangan mata rabun saya, hospital kerajaan perlu ada barisan doktor pakar yang menerima tugasan pada waktu2 kemuncak seperti tengah malam. Bukan doktor praktikal yang baru sahaja habis belajar dan baru sahaja nak belajar mengesan sakit seseorang patient berkenaan. Saya bengang sangat dengan doktor2 muda yang mahu menunjukkan kepakaran yang macam cipan apabila menentukan ubat untuk seseorang pesakit yang sesungguhnya tengah kronik tapi dilayan seperti pesakit yang hanya mengalami demam kura2. Saya ada masalah dengan tulang belakang tapi doktor berkenaan mengesahkan dengan yakinnya saya mengalami kencing kotor.

Hospital swasta pula, tolonglah berikan keselesaan kepada pesakit anda dengan sewajarnya setimpal dengan bayaran yang telah pesakit anda bagi. Tolong berperikemanusiaan sikit semasa melakukan pendaftaran kemasukan wad. Kenapa perlu dibiarkan pesakit bersama2 orang yang meguruskan pendaftaran tu? Bodoh ke pandai? Korang tak rasa sakit orang tu macam mana. Ada sorang makcik ni, tulang buku lali dia pon ada slip sikit, tapi tak ada seorang pun nurse yang menawarkan kerusi roda kepada makcik tersebut. Makcik itu dibedah kakinya. Nurse buat apa ketika waris terdekat makcik tu tidak berada bersama2 makcik tu ketika makcik tu mahu ke tandas? Makcik tu bergerak sendiri ke tandas dengan kedua2 tumitnya dibalut. Ngeri x dengar? saya lagi ngeri tengok.

No comments: