Pages

Sunday

Berusaha Myra!

Lepas cuti midterm ni, memang rasa nak berusaha dengan bersungguh2 untuk mempersiapkan diri dengan segala macam jenis assignment, quiz dan juga semua test. Memang bersemangat! Harap2 dapat bertahan la semangat ni sampai bulan 11.

Yang penting sekarang, nak kena siapkan BI untuk synthesis writing. Dan kerja2 itu adalah sangat melecehkan. Tapi, saya perlu sedar bahawa subjek tu la satu2nya subjek yang tidak ada test dan final exam. Hanya perlu score untuk report itu semata2 dan segala macam bentuk research. Huh!

Subjek2 yang lain insyaAllah akan diusahakan selepas kerja2 BI yang merumitkan itu dihantar. Yang pasti Thermo KK harus diambil perhatian yang sewajarnya wahai diri saya! Saya masih belum berjumpa lagi dengan lecturer baru dari Bangla selepas dia menggantikan lecturer dari Iran. Harap2 bahasa yang digunakan mudah difahami. Hi hi hi. Takdelah saya pening sangat nak merepeat balik apa yang dia kata dalam kelas.

Untuk subjek Statistic, Alhamdulillah. Setakat ini saya masih lagi di atas landasan yang betul. Agaknya disebabkan pernah gagal dalam subjek tu semasa diploma kot yang menyebabkan saya berhati2 sikit dengan subjek tu. LoL. Tapi bagi program degree ni, subjek Statistic adalah subjek termudah sekali kerana ianya hanya menggunakan rumus dan buku sifir. Hi hi hi. Harap2 saya mampu score untuk subjek ini. Kalahkan DD. She's got A for this subject!

Bagi subjek Menchanical Engineering pula, memang pada mulanya tak faham. Tapi, setelah diberi tunjuk ajar oleh rumet, alhamdulillah. Boleh la faham sedikit. Dan masih lagi perlu banyak membuat latih tubi. Saya cukup suka tengok rumet saya buat latihan untuk subjek ini. Mereka mengambil jurusan Kejuruteraan Awam, so, mereka banyak mengambil konsep dari subjek ini. Macam senang saja tengok mereka buat latihan. Lepas ni, saya akan buat latih tubi bersama2 dengan mereka.

Subjek Material & Energy Balance pun masih perlu diperbaiki oleh diri saya. Saya perlu banyak berusaha membuat latih tubi dan memahami konsep. Semua keperluan yang saya perlukan sudah ada. Kenapa saya masih belum mampu menggunakan segala keperluan itu bagi memudahkan diri saya menjawab soalan untuk subjek ini dalam test dan final exam? Apa lagi yang saya perlukan? Saya perlukan usaha dan sokongan dari diri saya sendiri!!

Jangan pandang belakang. Keep moving forward Myra! Jangan ponteng kelas da lepas ni. Minta maaf dengan rakan2 dan semua lecturer kalau saya ada buat salah dengan mereka. Saya nak semua yang saya belajar berkat. Saya kena suka semua subjek yang saya ambil. Saya kena kuatkan semangat saya untuk berusaha bersungguh2. Dan saya kena tetapkan matlamat saya belajar di sini adalah untuk membalas jasa kedua ibu bapa saya. Saya tak mahu lagi main2 dengan impian dan cita2 saya. Saya perlu serius dengan impian saya. Saya percaya Allah akan menolong hamba2nya yang sabar dan cekal dalam menuntut ilmu. Doakan saya berjaya.

No comments: