Pages

Tuesday

Coretan Dari Hati

Harini saya rasa macam kekurangan sesuatu. Apa dia ekk? LoL. Rupa2nya saya belum bukak blog saya. And updatekan ia.

Macam2 hal sekarang ni. Dan hal yang terbesar sekarang adalah kes jutawanita dan usahawanita Malaysia, Datuk Sosilawati Lawiya. Itu baru dalam negara. Luar negara dan mungkin dalam negara terkesan juga adalah kes pembakaran kitab suci kita umat Islam, Al-Quran dibakar bersempena dengan memperingati kematian 3000 orang di WTC pada 11 September. Ya Allah, kau berikanlah aku kekuatan dan semangat untuk mengutuk perbuatan kafir laknatullah itu.

Semakin tidak selamat dunia kini. Pelbagai jenis jenayah yang manusia lakukan di bumi Allah. Semuanya atas dasar terlalu ikutkan nafsu. Kadang2 takut juga dengan semua jenayah ini. Di Malaysia sendiri da banyak kes2 orang2 hilang. Pagi tadi saya sempat baca ada 4 orang hilang dalam 2 kes. 1 kes di Kuantan dan 1 kes lagi di Kampar. Kalau dulu kecoh tentang kes buang bayi. Sekarang kecoh kes orang hilang. Macam2 hal.

Saya dengar berita tadi, karya2 yang ditayangkan di media yang berunsurkan keganasan harus disekat berikutan dengan pembunuhan Datuk Sosilawati. Pada hemat saya, drama CSI yang ditayangkan seperti memberi idea kepada pembunuh untuk melakukan pembunuhan secara professional. Tengok sajalah pada kes Datuk Sosilawati itu. Pembunuh mahu hapuskan bukti dengan membakar segala jenis alat pembunuhan dan juga mayat2 yang dibunuh. Saya suka juga tengok drama bersiri CSI. Dan dari situ saya belajar dan dapat tahu macam mana nak hapuskan bukti dan mengelakkan cap jari terlekat pada bahan bukti. Tak mustahil kalau pembunuh Datuk Sosilawati adalah salah seorang penonton setia drama bersiri CSI kan?

Apa cerita pula dengan kes kitab suci kita dibakar? 2 naskhah Al-Quran telah pun dibakar! Terkjut x? Tapi, di Malaysia, kes pembakaran Al-Quran seperti tidak diendahkan kerana kes pembunuhan Datuk Sosilawati lebih mencuri tumpuan media. Umat Islam tidak bersatu. Hanya segelintir rakyat Malaysia yang prihatin tentang kes pembakaran kitab suci Al-Quran. Sedih.

No comments: