Pages

Saturday

Risau Sebab Belum Kahwin?


Sejak akhir2 ni, saya da banyak terlihat status2 kawan2 saya di facebook tentang masalah ini. Saya pelik. Kenapa nak risau sangat orang lain sudah kahwin tapi kita sendiri belum kahwin? Sepatutnya risaukan bila la aku nak bantu dan bahagiakan ibu bapa aku. Hi hi hi. Bagi saya, tak perlu la kawan2 nak risaukan soal jodoh. Umur muda lagi. Tapi sudah risaukan soal jodoh. Padahal banyak lagi benda yang penting yang perlu dirisaukan.

Kalau tengok kawan2 ada yang da kahwin, kita doakan sahaja kebahagiaan kepada mereka. Insyaallah kita juga akan bahagia bila berkahwin kelak. Tapi, janganlah terlalu risau dengan status bujang/anak dara yang kita pegang. Live you life. Nikmati semua keseronokan yang ada dan ambil segala peluang yang ada selagi boleh sebelum kita membina keluarga.

Kalau umur sudah meningkat tetapi tiada jodoh juga. Janganlah bersedih. Sebaliknya kita boleh kumpul duit dan pergi mengerjakan umrah/haji bersama2 ibu bapa. Tak menjadi kesalahan sekiranya kita banyak menghabiskan masa bersama ibu bapa kita kan? Yang menjadi kesalahan adalah apabila kita meluangkan lebih banyak masa pada boyfriend. LoL.

So, fikir2kan lah. Anda mahukan cepat kahwin dan memilih lelaki yang salah untuk dijadikan suami atau mahukan suami yang baik dan sesuai tapi masih belum jumpa?? Hi hi hi.

No comments: