Pages

Sunday

Semperit Untuk Kekasih.

Eceh! Macam tajuk drama komedi romantik pulak kan! Ha ha ha. Ya. Bukan lagi omongan kosong. Saya sudah menyiapkan sejenis kuih yang dinamakan semperit. Pertama kali mencuba dan menjadi. Alhamdulillah.

Esok ayah akan poskan kepada Si Booncit! Makcik dia pun nak rasa juga. Wah! Terasa kembang da ni. Belum kene puji lagi ni. Kalau makcik dia suka, lepas ni boleh la hantar kat bakal mertua. Hak hak hak. Saya nak ikat diorang dengan keenakan masakan saya dulu. Baru boleh jadi menantu mereka. Masakan yang sedap bisa menambat hati mertua! Yeah! Berbulu mata kalau saya baca entry ni balik. Derrrrrsss!-->Nudra punya trademark.

Tadi pun da pergi shopping untuk raya. Sudah siap pun pilih baju untuk konvokesyen bulan 10 nanti. Excited tau saya!

Si Booncit sudah pun sampai di rumah ayah dia. Alhamdulillah. Selasa ni dia balik rumah mak dia pula. Bila agaknya dia nak balik rumah saya ye? Hi hi hi. Sayang dia.

P.S. Entry kali ni agak personal. Sorry.

No comments: