Pages

Sunday

Aku Benci!

Aku tak rasa yang aku mampu lagi bertahan dengan tekanan hidup ini. Aku tak suka dengan kawan yang suka pentingkan diri sendiri and just gunakan aku untuk kepentingan diri diorang. Aku akui bahawa aku kurang tegas dan takut untuk menegur mereka sedangkan aku lebih tua setahun dari mereka. Selalunya orang perempuan ni susah sikit kalau ditegur berbeza dengan orang lelaki yang hati kental.

Aku tertekan dengan kehidupan aku sebagai seorang student buat masa sekarang. Terlalu banyak kerja, esaimen, projek yang perlu disiapkan dan dihantar di waktu paper test and final semakin hampir. Kadang2 benda tu semua kena dihantar dan dipresent dalam minggu yang terlalu banyak test. Ditambah dengan sikap kawan2 yang tahu pentingkan diri sendiri. Sedangkan masa senang bergelak ketawa bersama2.

Starting from now, aku kena bertegas dan fikirkan tentang diri aku dan masa depan aku pulak. Stop fikir pasal orang lain. Nak pergi test awal ke, lewat ke, itu adalah hak aku. Bukan hak diorang. Aku nak duduk depan atau belakang dalam kelas, bukan diorang yang tentukan sekarang ni. Kalau diorang nak tinggalkan aku masa pergi ke kelas, silakan. Aku tak perlukan siapa2 di sini. Aku hanya perlukan diri aku.

Aku ada DD and aku ada Saufi. Dan aku lebih kenal siapa orang yang patut aku kawan sekarang. Orang itu adalah orang yang banyak membantu aku semasa trekking hari tu. Dari awal sampai akhir dia bersama2 dengan aku. Dia adalah kawan aku. Betul2 kawan. Bukan orang yang pentingkan diri sendiri dan hanya bertanyakan khabar aku setelah selesai berehat dan bersenang lenang di atas puncak gunung tanpa mempedulikan aku semasa kaki aku sakit.

Memang betul kata instructor trekking tu. Kita dapat kenal seseorang bila panjat gunung. Ya. Aku da kenal. Lepas ni, aku akan lebih tegas dengan pendirian aku. Mintak maaf? Itu bukan perkataan yang sesuai buat masa sekarang yang patut aku ucapkan pada mereka yang pentingkan diri sendiri.

Semalam, aku hampir terkandas. Aku hampir menamatkan riwayat aku sendiri. Because of what? Hi hi hi. Aku terlalu tertekan di mana sebab itu tak perlulah aku luahkan di sini. Nanti ada orang terasa pulak. Ingatlah wahai semua pelajar2, janganlah korang terlalu menunjukkan kekecewaan yang melampau apabila markah korang rendah di hadapan orang lain. Ini adalah kerana, korang takkan perasan dan sedar bahawa korang sedang mengguriskan hati dan perasaan pelajar yang mendapat markah lebih rendah dari korang. Jangan sakitkan hati kawan2 korang kalau betul korang anggap diorang kawan. Dan kalau korang nak berkawan dan jadi kawan yang baik, please jangan terlalu pentingkan diri sendiri dan berlagak seperti korang ni tak patut ada kawan.

Terus terang aku nyatakan di sini bahawa aku tak pernah rasa tertekan seperti ini. Kadang2 aku rasakan yang aku perlukan ubat depresi. Aku tak mampu nak kawal emosi aku. Ditambah pula dengan kawan2 yang tak pernah nak memahami. Aku ada dan pernah meluahkan apa yang aku rasa pada mereka. Tapi? No response. Mereka anggap aku ni macam ada masalah kecik yang sengaja diperbesar2kan. Aku sakit pinggang ke. Sakit kaki ke. Nobody's care. Ok fine. Aku sakit pinggang diorang anggap sakit biasa dan aku terpaksa admitted dalam hospital disebabkan aku sakit pinggang yang dianggap biasa ni. LoL~!

Aku takde kawan yang perfect macam dulu.

Langsung takde.

Siapa yang nak ngaku kawan saya sekarang??

Siapa kawan waktu senang? Sila angkat tangan.

Siapa kawan waktu susah? Sila angkat tangan.

Ha ha ha! Wait n see!

2 comments:

abu said...

me me me...
saye la kwn mase sng n susah kamu...

Myra said...

u r always there for me dear....lysm!