Pages

Sunday

Kejadian Benar di Sebalik Konvokesyen Ke-5.

Saya da pun selamat menjalankan upacara graduasi dan juga menyempurnakan diri saya sebagai seorang alumni UMP apabila hadir pada makan malam semalam. Saya gembira sangat.

Saya ada cerita lucu. Dan saya takkan lupakan sampai bila2. Mungkin bagi orang lain, ianya hanyalah keadaan yang biasa. Tapi, bagi saya, keadaan tu telah menjatuhkan maruah saya! Oh no! LoL~!

Ceritanya begini. Semasa sesi konvokesyen yang pertama iaitu konvo Si Booncit, saya dan parents dia mencari Si Booncit setelah sehabis semua graduan keluar dewan. Almaklumlah, ramai sangat masa tu. Saya tak jumpa ngan Si Booncit nih. So, saya berjalan dan menemani parents Si Booncit. Saya bersembang2 dengan mak Si Booncit. Saya menggelarkan dia sebagai makcik. Selepas setengah jam mencari Si Booncit, akhirnya kami berjumpa dengan dia. Gembira!

Kami bersembang la berempat. Saya rancak berbual dengan mak Si Booncit. Tiba2, ada persoalan yang terlintas dalam pemikiran saya untuk mak Si Booncit. Saya terus menerus tanya kepada dia. Dan perkataan yang tersembul keluar dari mulut comel saya ni berbunyi, "Mak, pasni nak pegi mana? Ops! Makcikkk....maaffff..tersasul!". Ok. Ayah Si Booncit yang tak pernah tersenyum kat saya dari awal perjumpaan, tergelak dengan kelucuan saya! Wah! Malu bah! Nasib baik la mak Si Booncit baik dan baik dan baik. Last2 sebelum dia balik, dia menghadiahkan saya 3 kuntum bunga ros kepada saya. Adakah ianya bermaksud "Mum Love Daughter-In Law"? Lol~

Inilah buktinya!

No comments: