Pages

Sunday

Saya Memecahkan Rekod!

Saya bersyukur kerana saya tak gila. Sebabnya? Sudah seminggu saya tidak menjejakkan kaki keluar dari UMP. Selalunya setiap minggu pasti saya akan keluar. Tapi pada minggu yang sangat bersejarah ini, saya mampu untuk mengawal jiwa saya supaya bertenang dan bergumbira di dalam bilik. Hi hi hi.

Tapi pada minggu hadapan, saya pasti akan keluar. Seawal hari Khamis saya akan keluar. Ini adalah ekoran daripada kedatangan buah hati saya yang sangat la saya sayang nak datang UMP pada hari Khamis. Nasib baik la bos dia roks sikit. Dapat cuti awal. Kalau tak, mesti kami sempat keluar untuk dinner di Gambang Resort jek.

Yang pasti, kami akan ber'dating' di cafe dulu sambil makan oblong yang menjadi kegemaran buah hati saya tu. Sambil tengok tv. Terus terang saya katakan, sepanjang saya berada di UMP, tak pernah saya lepak di cafe untuk menonton tv. Hi hi hi.

Apa2 pun, hari bahagia saya bakal menjelma!

No comments: