Pages

Wednesday

Tenang.

Ahhhh! Akhirnya kerja2 saya semakin berkurangan. Saya baru saja lepas menyiapkan part saya untuk assignment. Tapi, hati ni rasa berdebar2 plak. Takut salah je apa yang saya da buat tu. Tawakkal saja la. Saya sudah berusaha untuk menyiapkan pun da cukup bagus. Hi hi hi.

Esok ada 2 test. Tak tensen sangat untuk test2 esok. Sebab saya sudah terlalu penat nak fikir banyak sangat. Kepala ni pun sudah rasa berpusing sebab tak dapat tido. Dalam sejarah hidup saya berjaga selama 48 jam. Hi hi hi. Malam ni pun rasanya tak dapat nak tidur. Rasa rugi pula kalau tidur. Sebab masa tidur tu la boleh siapkan kerja2 yang berlambak2.

Kalau boleh saya nak settlekan semua kerja2 dalam minggu ni juga. Saya nak tumpukan pada buah hati tersayang yang akan datang ke Kuantan pada hari Jumaat ni. Lepas daripada tu semua, saya nak tumpukan pada final exam saya.

Semakin hari berlalu, semakin tenang jiwa dan hati saya. Alhamdulillah. Saya sudah dapat kembali menenangkan jiwa saya setelah ianya terbuku selama berkurun abadnya. LoL~! Apa2 pun, saya akan lebih memikirkan tentang diri dan masa depan diri saya.

Saufi pun semakin hari semakin menyerlahkan diri dia sebagai bakal teman hidup saya. Hi hi hi. Terharu sangat bila terbaca mesej dari dia petang tadi. Tak pernah dia tujukan lagu untuk saya, tiba-tiba petang tadi dia tujukan lagu Cinta Terakhir nyanyian Aiman. Meraung sekejap saya! LoL~!

Saya ni pantang kalau lelaki cool yang selalu buat dunno je kat saya tiba2 boleh jadi sweet macam tu. Terharu tau! Yup! Saufi memang selalu buat dunno dengan saya. Kalau keluar berjalan, selamba je dia jalan dulu. Kalau saya nak tengok barang2 ladies, dia menonong je tinggalkan saya. Lain dari lelaki yang saya pernah kenal. Hi hi hi. Tapi, yang istimewanya apabila dia akan tiba2 jadi sweet dan romantic. Memang sangat2 berbunga hati saya.

OK la. Saya rasa saya perlu rehat sekarang. 2 atau 3 jam pun sudah memadai. Esok malas nak pergi ke kelas. Tumpukan untuk kerja2 yang da semakin hampir dateline masing2. Daaa~!

No comments: