Pages

Monday

Andai masa boleh diundur....

Pernah tak masa korang kecik2 dulu, korang nangis sebab jatuh atau bergaduh dengan kawan2? Pernah tak mak korang usap2 kepala korang yang berpeluh sebab nangis dengan niat nak pujuk korang agar berhenti menangis? Usapan tangan mak korang tu seolah2 menggambarkan yang dia nak kata, "sabarlah kakak, mama ada dengan kakak kat sini." Pernah tak?

Saya betul2 perlukan belaian dari mama saya. Pelbagai masalah timbul dalam hidup saya. Macam2. Memang saya selalu menangis kalau saya ada masalah, dan saya cuba nak selesaikan. Dan kadang2 mama yang tolong selesaikan. Saya ingat lagi kalau ada lukisan yang saya tak tahu nak buat, mama la yang tolong buatkan. Kalau saya tak tau nak selesaikan masalah matematik, mama la yang tolong pinjamkan jari2 dia untuk saya kira2. Bila saya kene marah dengan ayah, mama la yang pujuk saya.

Saya nak mama berada dengan saya sekarang. Saya betul2 rasa macam seorang yang loser. Saya tau, saya patut selesaikan masalah yang saya ada. Tapi, saya sendiri da tak kenal siapa diri saya selepas saya accident. Banyak sangat benda yang malang datang dalam diri saya. Saya cuba selesaikan sorang2. Sebab saya tau, ini masalah saya.

Saya dapat rasakan perubahan diri saya yang dulu. Dulu, saya happy. Memori saya kuat. Semua orang respect saya. Tapi, sekarang saya seperti hilang keyakinan diri sendiri. Memori saya pun da tak kuat. Semua orang da tak respect kat saya. Bila bercakap dengan saya, mesti marah2. Apa salah saya? Saya tak mampu nak berlawan sebab saya tau saya kekurangan dari banyak segi. Mama takde kat sini nak pujuk saya. Saya betul2 rindukan belaian dari mama. Saya tak mampu nak hadapi semua konflik dalam diri saya.

Ya. Saya cuba untuk bahagiakan diri saya. Saya cuba untuk selesaikan segala konflik yang datang dalam diri. Tapi, setiap kali tu la saya akan rasa saya ni terlalu teruk. Tak mampu nak berdikari sendiri. Macam2 nasihat saya dengar. Saya cuba nak ikut semua nasihat tu. Percayalah, saya cuba. Tapi, saya bukan diri saya yang dulu. Saya tak sekuat dulu. Saya tak sesempurna dulu.

Orang kata, kalau kita ada masalah, kita kene pandang pada orang yang lagi banyak masalah. Saya da pandang. Tapi, mereka kuat. Mereka dan saya adalah manusia yang berbeza. Kadang2 bila saya da usahakan sesuatu tapi tak mencapai target, orang akan ingat saya buat benda tu main2. Tapi, diorang tak tau, kepala saya sangat sakit kalau saya terpaksa berfikir sesuatu. Mereka tak rasa pinggang saya rasa macam nak patah bila saya kene duduk lama2 dalam kelas. Mereka tak tau, setiap kali berlari, kaki saya sakit. Mereka tak rasa kesakitan saya semua dan mereka boleh cakap apa yang mereka suka tentang saya.

Saya perlukan mama saya sekarang. Saya tahu, kalau mama ada depan saya sekarang, saya tak mampu nak luahkan beban yang saya tanggung ni. Saya hanya mampu menangis. Tapi, tak mampu nak berkata2. Sebab saya da dewasa. Dan semua masalah saya, tak patut untuk mama tau.

Adik beradik? Saya nak jadi contoh pada diorang. Takkan saya nak tunjukkan kelemahan saya depan diorang?

Ayah? Mama saja yang mampu pujuk saya sekarang.

Selepas accident, saya bersyukur sebab memori saya masa saya kecik2 dulu tak hilang. Saya ingat lagi bila saya bangun dari tidur, dalam keadaan yang berpeluh2, saya akan menangis. Mama datang pada saya. Mama pujuk saya. Mama amik surat khabar. Mama kipaskan saya sampai saya tertidur.

Ok. Saya perlu berehat sekarang. Kepala saya sakit lagi.

2 comments:

Songo said...

kalau bleh, sume org nak undur kan kemabali mase kan...tp la kan, klau setiap ape yg kita buat, kita asyik nak undurkan mase, sampai bila kita akan dewasa dan matang kan....

Myra said...

betul juga tu en.songo....mekasih ye....