Pages

Sunday

Ini Kisah Hidup Saya. Kalau Taknak Rasa Mual, Sila Jangan Baca Dan Abaikan Ia Di Dashboard Cute Anda.

Uwaaa! Uwaaa! Uwaaa! Saufi da balik ke sarang! *bertenang sambil hembus hingus*. Ok2. Cool Amirah. Be cool!

Situasi di atas adalah untuk menggambarkan keadaan saya yang baru saja lepas hantar mata air saya naik bas Transnasional yang ketiga. Ketiga di sini bermaksud, tiga kali kami salah bas. Pastinya saya merindui mata air saya. Tidak mengapalah, sebulan sekali jumpa bukan tak jumpa langsung. Tapi, bulan depan tak dapat la jumpa memandangkan kami bakal meraikan hari lahir together2 bulan 1 ni. So, simpan buat surprise bulan 1 nanti. bukan di Lumut. Tapi, di Kuantan.

Sepanjang kami bersama2 selama 2hari ni, hari semalam la paling heaven sekali. For the 1st time saya membonceng motor yang ditunggangi Saufi di Pulau Pangkor. Ha ha ha! Kelakar gila! Gila2 punya kelakar la! Kesian motor tu semput2 bawak saya naik bukit. Saufi pun dengan coolnya mengayuh motor tersebut dengan kakinya apabila menaiki bukit bukau di Pulau Pangkor. Saya berasa serba salah sangat sebab tak bekerjasama dengan Saufi sebab kaki saya tak sampai ke tanah. LoL~!


Ye la. Saya memang berkaki pendek. (-.-")

Dan semalam jugak Saufi belanja saya dan adik lelaki yang paling comel, tak lain dan tak bukan Wak Deli la, tengok wayang. Harry Potter dan Ngangkung. Kedua2 cerita tu sangat la best dan sedap serta enak lagi lazat! Filem wajib tonton ni tau.



Thanks la kepada Saufi for this wonderful weekend. Bersusah payah dia datang sini. Da la naik bas. Mesti penat gila. Harap2 segala hidangan yang dihidangkan mampu membalas segala pengorbanan mata air saya itu.


2 comments:

Hana said...

hahaha soo sweet you guys

Myra said...

ha ha ha...sweet apanya....payau jek....