Pages

Friday

Otak Bisnes Sudah Kembali!


LoL~!

Ok tak kalau saya nak buat online business bagi penjualan shawl saya ni? Semangat kan! Ha ha ha. Percaya tak dulu saya pernah bisnes nasi lemak? Kena percaya k. Saya share dengan 2 orang kawan. Sehari kami boleh untuk RM10 seorang. Best kan! Tapi, saya tak pernah rasa untung tu pun sebab dulu saya kan pencinta lelaki yang bodoh. Duit banyak habiskan kat lelaki. Hampeh!

Tapi, sekarang ni, my man! Dia yang offer nak bagi modal saya untuk business. Tapi, saya taknak harapkan sepenuhnya kepada pertolongan dia. Saya usahakan juga untuk cari modal sendiri dari penjualan shawl secara offline kepada rakan2 di hostel ni. Dan mungkin pada semester depan saya akan try jual buah jambu batu di hostel. Harap2 menjadiklah harapan saya ni. Nak kumpul duit kawin ni! Ha ha ha!

Ok la. Berbalik pada persoalan bagaimana caranya saya nak start online business ni:

  1. Mungkin saya perlukan 100% komitmen. Sebagai contoh, saya buka blog untuk promote shawl2 saya. Dan saya perlu rajin kemaskinikan blog tu sama ada shawl tu da ada orang beli atau x. Buat code bagi setiap jenis shawl. Perindahkan blog bagi menarik perhatian pembeli2 online terutamanya perempuan. Lingkungan umur 20-40 tahun.
  2. Saya perlu memiliki kesemua jenis akaun bank. Maybank, CIMB, BIMB, Bank Muamalat dan lagi? (bagi idea kat comment eaa). Ini adalah untuk memudahkan pengurusan pembayaran pembeli.
  3. Saya juga perlu tahu kadaran harga pos. Saya kena amik tau pasal penghantaran parcel ke seluruh Malaysia.
  4. Saya kene bijak buat promosi dan publisiti. Kalau tak, macam mana saya nak dapat order secara berterusan. Hi hi hi.
  5. Saya kena ada nombor telefon khas untuk online business ni sebab saya perlukan kepercayaan daripada pembeli untuk membeli barang2 saya.
Ada idea lagi tak kawan2? I really need your ideas.

No comments: