Pages

Wednesday

Saya Jatuh Cinta Lagi. Tapi...


Alhamdulillah. Hari ini, perasaan saya semakin bertambah sayang kepada dia. Tak sangka dia boleh mengungkapkan kata2 itu. Dan ianya menjadi persoalan di fikiran saya. Adakah ianya dinamakan lamaran?

Ya. Saya akui. Setiap detik saya rasa ingin bersama dengannya. Sekiranya saya dapat berjumpa dengan dia, saya rasa seronok. Tapi, bila saya berjauhan dengan dia, saya rasa tenang dan tetap seronok walaupun hanya bertemankan pesanan ringkas.

Saya tenang bersama dia.

"Ya Allah, Kau permudahkanlah hubungan aku dan dia. Aku tahu untuk kekal bahagia bersama orang yang aku sayang bukan sesuatu benda yang mudah. Aku pernah merasa bahagia dulu. Tapi, semuanya berakhir dengan kekecewaan. Dan aku mohon kepadaMu, agar kebahagiaan untuk yang kesekalian kalinya ini bisa berakhir dengan kegembiraan dan keredhaan daripadaMu. Aku tak mampu lagi menanggung derita kekecewaan kerana kegagalan dari bercinta. Aku sayang dia dan aku mahu membina hubungan yang halal sepertimana yang Kau mahukan. Kau berkatilah hubungan kami ini. Sesungguhnya, aku mahu membina sebuah keluarga yang bahagia bersama2 dengannya. Aku mahu dikurniakan anak2 yang soleh dan solehah bersama2 dengannya. Kau makbulkanlah permintaan ini. Amin."

Saya terlalu berharap agar dia la kekasih saya yang terakhir. Saya inginkan hubungan kami tamat hingga akhir hayat kami. Ya. Saya juga tahu bahawa saya dan dia masih mentah untuk mengenali dunia perkahwinan. Tapi, kenapa kami masih belum dan tidak diberi peluang untuk merasa susah senang hidup di alam rumah tangga? Adakah kerana saya masih belajar dan dia masih muda menjadi alasan untuk kami tidak dibenarkan bernikah?

Apa lagi alasan yang menjadikan kami sukar untuk bernikah? Kami cuma mahukan hubungan yang halal.

Dan alasan yang pasti ialah, kami masih belum ada duit simpanan. Itu adalah alasan yang utama. Dan kami, terpaksa akur dengan kehendak duniawi sekarang. Pernikahan menjadi sukar bagi kami yang masih belajar di universiti, yang masih muda. Dalam minda saya, rukun nikah bukan lagi menjadi kewajipan dalam menentukan seseorang layak berkahwin. Tapi, yang menjadi syarat wajib berkahwin adalah: pasangan mestilah sudah habis study dan sudah bekerja sekurang2nya setahun, pihak lelaki hendaklah berumur 25 tahun ke atas, mempunyai duit simpanan sekurang2nya RM10 000 dan juga mempunyai kereta serta sebuah rumah untuk didiami selepas kahwin.

Ya. Saya akur. ~Sigh

2 comments:

zeal_tech said...

Semoga cepat sampai jodoh...

share...:: http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=108584015874319&id=1618140831#!/note.php?note_id=166863376675845&id=100000350714598

Myra said...

Thanks for the wishes and for the lovely article....