Pages

Wednesday

Saya masih lagi tergelak dengan reaksi orang Melayu. Saya sendiri orang Melayu dan beragama Islam. Saya sedih dengan pemikiran orang Melayu tentang keindahan dan kemudahan dalam Islam. Saya pun bukanlah orang yang kuat agama. Tapi saya dulu pelik kenapa jiran saya nikahkan anak dia dalam masa umur anak dia terlalu muda. Setelah saya faham konsep dan istilah nikah gantung, barulah saya celik satu lagi ilmu Allah.

Dan sekarang menjadi dilema dalam hidup saya. Dan saya sekarang saya sedar apa yang para ustaz gembar gemburkan tentang perkhawinan muda di kalangan remaja patut dijadikan amalan tak kira la sama ada mereka sudah bekerja atau masih belajar. Semua ni nak mengelakkan daripada berlakunya gejala maksiat.

Semua yang mereka cuba nak sampaikan kini sudah saya faham. Hati saya meronta2 ingin dinikahkan awal. Niat saya satu sahaja. Saya mahu menghalalkan apa yang haram. Kadang2 timbul rasa serba salah apabila saya keluar dating. Alangkah indahnya kalau saya keluar dating dengan seorang suami. Tapi, nasib baik si dia duduk berjauhan dari saya. Bermakna kuranglah aktiviti dating kami.

Entahlah. Mungkin ada betul juga kata mereka yang menasihati saya agar bersabar dan menurut sahaja kemahuan kedua ibu bapa saya.

Ya Allah, berikanlah aku ketabahan hati dan kekuatan jiwa yang terlalu meronta2 untuk bertemankan seseorang yang dinamakan suami. Matikan segala niat aku untuk menegakkan agamaMu kepada mereka yang aku hormati. Sesungguhnya aku takut sekiranya aku terlanjur dalam berkata2 lalu menderhakai mereka. Astaghfirullahalazim. Aku belum cukup layak untuk berkata2 soal agamaMu kerana aku sendiri tidak mengamalkan sepenuhnya apa yang diajarkan olehMu.

No comments: