Pages

Thursday

Sudah Sampai RUMAH & Aktiviti2 Sunat Yang Bakal Dilaksanakan Dengan Tawaduknya!

Pejam celik pejam pastu tak celik2 da. Sampai juga saya ke Lumut tercinta ni. Sorry, termurtad Johor plak. Watever Amirah. No one cares. Ahaks~! Banyak aktiviti saya masa cuti sebulan ni. Nak belajar memasak, menjahit, riadah sepuas2nya di tepi pantai Teluk Batik, menternak lemaks, menjual dan membeli segala jenis barangan idaman hati dan macam2 lagi.

Tapi, esok mata air saya nak datang. So, aktiviti pertama dimulakan. Memasak! Mama da sibuk2 plan nak masak apa esok. Padahal si Saufi tu sampai sini mungkin malam. Sampai2 je, confirm la dia terbungkang dulu. Takde maknanya nak makan2. Almaklumlah, dengar katanya dia tengah berdiet. LoL~! Tapi takpe, atas dasar kasih sayang saya yang tak berbelah bagi ni, saya akan masakkan special untuk dia. Saya akan curahkan segala kasih sayang dan belaian manja dalam masakan saya sebab kalau buat macam tu betul2 kang, ada yang kene ketuk kepala plak kang ngan ayah n mama. So, terpaksa curahkan kasih sayang itu dalam masakan saya.

Semalam, setibanya saya di rumah, ayah da start mengarahkan untuk saya menyediakan makan malam. Yeah! Dengan hati yang berkobar2 sebab da lama tak pegang senduk sudip periuk kuali, saya pun menggagahkan diri yang keletihan akibat drive selama 6 jam. Dan sudah pasti la lauk pauknya ialah.........! Telur dadar dan kicap! Hua hua hua! Tapi ayah saya makan dengan gembira sekali. Saya agak terkejut dengan situasi itu. Setelah dia habis makan, dia marah saya. Dia kata dia tak suka kalau saya balik rumah. Huh! Kecik tau hati saya. Ayah bersuara lagi. Dia tak suka saya balik sebab usaha dia mengempiskan perut kini adalah sia2 bila makan masakan saya. Huargh! Ayah suka masakan saya! Saya da lama tau da. Heee~ Ucapan buat ayah, "Selamat Kembali Ke Alam Buncit!"

Ok lah, malam ni saya akan buka kelas menjahit di bilik saya sendiri. Saya la cikgu dan saya la pelajarnya. Mama adalah pengetua. Didi adalah troll. Fullstop!

No comments: