Pages

Friday

Wanita Kurus Dalam Masa 18 Bulan.


SOUTHAMPTON, Britain - Seorang wanita, Harriet Jenkins yang berusia 25 tahun dari sini berjaya menguruskan badannya sebanyak 95.2 kilogram (kg) kepada 73.3kg selepas dia menerima pelawaan rakannya agar menyertai satu kumpulan menguruskan badan, lapor sebuah akhbar semalam.

Jenkins yang bercita-cita menjadi seorang guru sebelum ini mempunyai berat badan lebih 165kg.

Graduan yang menganggur itu juga sering disindir oleh sejumlah orang yang tidak dikenali kerana kegemukannya.

Hanya selama 18 bulan, Jenkins yang enggan menjalani pembedahan untuk mengubah bentuk badannya berjaya mengurangkan lebih separuh berat badan asalnya selain mendapat tawaran kerja sebagai seorang guru sebuah sekolah rendah.

Dia berjaya mengurangkan berat badan melalui pemakanan yang sihat dan bersenam.

"Hidup saya benar-benar berbeza sekarang dan saya dapat melakukan perkara yang saya fikir mustahil untuk dilakukan sebelum ini. Saya juga lebih yakin dan gembira dengan diri sendiri," katanya. - Agensi

-Gila la! Orang putih senang je nak kurus. Mungkin sebab diorang tak amalkan makan nasi. Nasi tu yang susah nak keluar dari badan sebab da jadi lemak tepu. Tapi, kalau dia boleh, saya pun boleh. Boleh cakap je la. LoL~!

2 comments:

Lynda.CG said...

yg ptg semangat kena kuat! chaiyokkkk :)

Myra said...

semangat je yang kuat tak cukup....mental pun kene kuat neyh...hik hik hik...kalau semangat kuat...mcm2 semangat leh jadik....:))