Pages

Sunday

Apabila Bulan Januari Bakal Tiba.....Saya Bingung Buat Pertama Kalinya......


Bingung...bukan bengong! Hamboih! Kasarnya intro saya ni. LoL~!

Bukan apa, bulan Januari akan tiba tak lama lagi. Sudah pastinya ada perkara yang saya tak suka dan saya suka di bulan Januari ni.

Perkara yang saya suka, sudah semestinya sebab bulan Januari ni saya akan menyambut burpday bersama2 dengan kekasih kesayangan saya! Yup! Kitorg berkongsi bulan kelahiran. Cuma tahun sahaja la yang berbeza. Mestilah saya lagi muda dari kekasih kesayangan saya yang sudah ada gelaran baru, Uncit!

Perkara yang tak suka pulak apabila seperti tahun2 sebelum ni, saya tak menyambut burpday bersama family dan kelas pun da start. Umur pun meningkat dulu berbanding rakan2 lain. Sama saja macam sekolah. Zaman sekolah saya dulu, hari Isnin mesti jatuh pada 5hb Januari dan masa tu lah umur saya ikut naik sekali. Damn. Takde orang pun nak buat upacara baling tepung ke hapa. Sebab semuanya baru nak berkenalan. Haritu masa praktikal pun sama. Cuma saya start masuk praktikal 4hb Januari dan esoknya burpday saya. Memang terkejut semua staff yang ada. Ha ha ha.

Ok. Ok. Ok.

Apa yang saya bingungkan ni adalah kewujudan idea untuk hadiah Uncit saya ni. Saya tak tau nak bagi hadiah apa kat dia. Memanglah saya romantis dan jiwang. Tapi, bukan dalam bab pemilihan hadiah hari lahir ni. Takkan la nak hadiah baju plak. Jam tangan dan purse mahal! Tak mampu den! Teddy bear? Uncit saya orangnya keras dan gagah. Takkan la saya nak bagi dia teddy bear pulak. Coklat? Jadik taik nanti, da dia lupa terus apa hadiah yang saya bagi kat dia. Paling mengarut la kalau saya bagi dia dvd Get Him To The Greek....~sigh!

Apa ye kawan2? Ada idea tak?

P/S Paling best hari ini, saya bergurau bagitau dia yang saya nak cincin untuk burpday gift ni, dengan ayat2 siyes, dia kata nak bagi saya cincin emas! Wargh! Bahagia hati makcik ni.....berbunga jatuh atas riba I k! Tapi, saya tolak pelawaan cincin emas dia.............................

2 comments:

eqacashperlala said...

kalau i, i akan bagi hand made kad :)

Myra said...

wow....rajinnya.....saya tak rajin dan kreatif serta malas nak buat kad...hi hi hi...