Pages

Sunday

Bagaimana Agaknya Kehidupan Saya Sebagai Seorang Blogger Selepas Saya Berkahwin Nanti Ye.


Assalamualaikum kawan2.

Haaa...letih rasanya melayan kerenah budak2 kecik kat dalam rumah ni. Baru saja lepas bacakan buku cerita untuk diorang. Budak2 sekarang ni suka sangat la nak dengar cerita merepek2 sebelum tidur. Bila saya nak bacakan Yasin bagi diorang tidur, taknak pulak. Katanya diorang belum nak mati lagi. Aduss! Budak2 sekarang ni. Terlebih minum susu Enfagrow!


Baru saja nak jadik blogger tegar. Posting entry 1 jam sekali. Tapi niat terbantut sebab terpaksa layan budak2 ni. Boleh ke saya jadik blogger kesayangan blogger2 lain? Wah! Persoalan tak hengat punya. 1st time saya nak taip pasal blog2 ni. Kalau sebelum ni asik pikir nak tulis kisah2 peribadi jek. Tapi, kali ini nak cakap pasal blog. Layak ke kau Amirah? Apa haku kesah?

Kalau dilihat pada fenomena blogging ni, saya paling respek kepada kualiti entry yang dihasilkan. Saya tak berapa nak lihat pada bilangan follower yang mengikut satu2 blog tu. Tapi, kalau nak jumlah statistik pengunjung ke blog tinggi, memang sesuai la follower banyak. Saya mula berfikir, macam mana mereka boleh dapat ramai follower?

Macam2 point saya boleh kemukakan. Tapi takut terpedas pulak. Tapi, saya lebih suka kalau satu2 blog tu menghasilkan entry yang berkualiti dan datang dari idea sendiri serta tidak merepek. Sekaligus blog tu bakal menerima kunjungan daripada beribu2 follower.

Saya memang tak pandai nak olah ayat dan susun penulisan supaya dapat menarik perhatian pengunjung. Sebab tu la nampak kebanyakan entry saya banyak yang berterabur dan tah apa2. Hi hi hi.




Berkenaan dengan follower, saya lebih suka mengikuti perjalanan blog follower saya. So, sebab tu la kalau diorang follow blog saya, saya pun follow blog dia. Takde pun isu "aku follow blog ko, ko mesti wajib harus follow blog aku." No no no! Saya ikhlas mengikuti blog para follower saya. I really appreciate them.

Pssst! Saya paling suka kalau blog tu banyak kisah tentang perempuan. Tak kira la penjagaan diri ke, tips2 nak jaga kuku ke. Yang penting feminin. Tapi taknaklah yang post entry terlalu ikutkan emosi. Nak kutuk2 manusia lain pun, berhengat la sikit kan. Annoying tau kalau blogger yang perasan bagus. Setiap benda semuanya nampak tak betul. Please respect others if you want to be respected.

Berbalik la kepada tajuk entry yang tak mengancam atau kata lainnya hot tu. Kalau saya sudah mempunyai rumah dan tangga, kemungkinan saya takkan dapat lagi memenuhi cita2 saya menjadi seorang blogger yang tegar. Masa sekarang ni la saya akan pulun habis2an sebelum rumah dan tangga didirikan oleh saya dan insyaallah pakcik mooncit, En.Saufi. Melainkan kalau saya belum dikurniakan cahaya dan mata atau boo layan oleh En.Saufi. Memang saya akan meneruskan cita2 saya. LoL~! Lawakkah? Ergh! *sering dikuasai pemikiran -ve terhadap lawak sendiri*


Tapi, kalau semester kuliah sudah bermula, takkan la saya nak jadik blogger tegar lagi? Melainkan saya kecewa dengan otak saya sendiri means...tak mampu nak menjawab soalan2 problem dalam buku teks Mr. MEB. Ok2. Cukuplah buat pagi ini.

P/S Comelnya budak kecik yang tidor kat sebelah saya ni...tenang saja keadaan dia...next week, mama dan abah dia pulang dari Mecca. Seronok la dia. Saya pun tompang gembira. Hi hi hi!

2 comments:

aZLiNa aZiZ said...

Salam ziarah. Hai myra. Nice blog kamu ni. Kalau kamu minat menulis, berkongsi dengan orang lain, tentu berblog lepas kahwin tak banyak beza. Kecuali if kamu memang betul2 nak tumpu perhatian pada Mr. Right. ;p

Myra said...

wslam miss azlina..ops! mama azlina...hi hi hi...thanks sbb sudi komen entry saya...insyaallah..lepas kawin nnti sy akan cuba luangkan masa menulis blog....saya xde mr. right...sy ada mr. good enough jek...hi hi hi...