Pages

Friday

Bila Toti Hilang, Kehidupan Saya Seperti Sunyi Sekali. Tapi, Sekarang Toti Sudah Kembali!

Huh~! Petang tadi masa saya sibuk keringkan lappy saya, saya boleh tak sedar Toti keluar dari kolam dia! Merata2 la saya dan mama cari. Sedih sangat. Tinggal Tito je dalam kolam. Sampai hati Toti pergi tak bagitau saya! Sudahlah lappy buat hal, Toti pun sekali nak buat hal sama.

Geram pun ada sebenarnya. Rasa kalau jumpa, saya nak cucuk2 ekor dia! Pandai2 je nak keluar. Mana tah dia belajar agaknya. Saya tak ajar pun dia buat macam tu.

Nasib baik la mama jumpa dia kat celah2 bakul kat bawah meja. Fuhhh~! Saya da fikir macam2 da. Takut2 dia kene makan dengan kucing jiran sebelah. Nasib baik la dalam rumah juga mama jumpa dia.

Tito pun rasa lega sebab Toti leh teman dia tidur malam ni! Hi hi hi. Hati saya pun da senang. Yipeee!

No comments: