Pages

Saturday

Dayang Nurfaizah Tak Pakai Hp Selama 5 Tahun Tetap Boleh Hidup. Mari Kita Contohi Dia!

Macam kenal je cover album ni...



Ooooo....ciplak Britney Spears rupanya...LoL~!


PETALING JAYA: Penyanyi Dayang Nurfaizah,29, menjelaskan sudah lima tahun tidak menggunakan telefon bimbit selepas telefonnya hilang sebanyak lima kali dalam tempoh dua tahun.

Menurut Dayang, dia lebih selesa menjalani kegiatan harian tanpa telefon bimbit walaupun kebanyakan artis hari ini mempunyai pelbagai jenis telefon bimbit canggih.

Malah kata Dayang, tindakan tidak menggunakan kemudahan itu bukan bermakna dia dikongkong oleh keluarga mahupun pengurusnya.

"Jangan salah anggap, saya bukan dikongkong oleh pengurus saya (Shaliza), cuma saya selesa dengan hidup begini.

"Kalau orang ingin bercakap dengan saya, mereka boleh menghubungi saya melalui Shaliza atau keluarga kerana mereka sentiasa bersama-sama dengan saya.

"Apa-apa pun, saya bukanlah seorang yang tidak ambil tahu tentang gajet dan saya bukannya ketinggalan zaman. Saya juga memiliki barang-barang seperti I-Pod, permainan play station mudah alih (PSP), mahupun komputer riba, tetapi bukan telefon bimbit," katanya ketika ditemui pada sesi rakaman Revolusi Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL25) di TV3 di sini, Khamis.

Tambah Dayang, dia mungkin akan memiliki telefon bimbit jika dirinya sudah mempunyai kekasih.

Sumber

Belek2 forum tadi saya terjumpa artikel mengenai artis ini. Seperti tajuk di atas, saya ingin contohi beliau. Tapi, niat saya tu kadang2 diselangi dengan Mat jenin punya angan2. Ha ha ha. Bosan pun bosan jugak duk hangkut hp tu ke mana2. Tapi, kena jugak hangkut sebab saya takde PA macam Cik Dayang tu. Kalau saya ada PA, konfem saya jadik macam Cik Dayang.

Pernah sekali tu, saya bosan sangat dengan hp. Pakwe lama asik nak sms je. Masa mula2 pegang hp dulu takdelah nak rasa jemu sangat kan. Bila da setiap detik saat tu saya kena reply sms dari pakwe lama dulu2, saya jadi bosan. Budak2 lagi la katakan.

Tapi, sekarang semuanya sudah berubah. Sms dengan Saufi pun bukan selalu. Biasalah, pakcik tu sibuk sangat dengan keje2 dia. Sampaikan dia hangkut pc dari ofis dia nak buat keje. Bayangkanlah betapa sibuknya dia. Hp saya pun seminggu sekali je charge kasi penuh. Ha ha ha.

Pssst. Kalau saya keluar rumah pun, saya malas nak bawak hp. Sebab saya nak hindarkan diri dari sebarang kiriman dari rumah! Ha ha ha! Ayah saya tu suka sangat suruh saya belikan rokok untuk dia. Saya ni perempuan. Ada perasaan malu nak mintak kat cashier rokok Dunhill. Tapi, kadang2 belikan dia rokok, kena buat muka ala2 jahat gitu. Warghh! Tak suka tau belikan rokok ayah. Malu je bila cashier tu tengok perempuan bertudung yang comel macam saya beli rokok.

Kesimpulannya, menjauhkan diri anda dari hp sama seperti menjauhkan diri anda dari keje2 tak bermoral! LoL~!

2 comments:

Amirrah Zawani said...

i tak boleh kalau xda hp.. hehe!! :P

Myra said...

of kos la...u kan ramai peminat.....