Pages

Wednesday

Dugaan Tidak Akan Pernah Berhenti Selagi Kita Masih Hidup. Tabahlah.

Tahniah buat pasukan Malaysia di atas kejayaan yang dirangkul tadi. Memang gembira sangat walaupun hanya tengok di hadapan tv. Penghujung tahun 2010 sudah mampu untuk memberikan senyuman kepada seluruh rakyat Malaysia dengan selebar2nya termasuklah saya sendiri.

Di sebalik kegembiraan semua rakyat Malaysia, terselit juga rasa sedih dan terkilan dalam hati saya di mana saya terpaksa lagi menangguhkan pengajian saya disebabkan oleh masalah kesihatan saya. DugaanNya masih tidak berhenti menduga saya. Satu persatu datang. Saya mengharapkan kekuatan dan ketabahan hati yang diberikan oleh Yang Maha Pengasih.

Saya mengalami masalah pada tulang belakang saya. Dan ini mungkin disebabkan oleh impak dari kemalangan yang pernah saya alami dahulu. Cuma masa kemalangan dahulu saya hanya mengalami patah pada peha kiri. Masa itu, saya menangguhkan pengajian selama setahun.

Sesungguhnya saya redha dengan semua dugaan ini. Walaupun saya pernah rasa bosan kerana diuji sebegini. Sepanjang saya sakit, hanya ibu bapa saya sahaja yang mampu bersabar dan menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Saya seperti tidak mampu untuk membalas jasa mereka. Saya selalu berdoa kepada Allah agar memberikan kesempatan kepada saya untuk menjaga mereka di hari tua kelak.

Di kala saya menempuh dugaan dariNya, saya sering bermuhasabah diri. Saya ingat kembali apa yang pernah saya lakukan. Bagaimana diri saya apabila diberi dugaan pada waktu dahulu. Saya akui saya seorang yang panas baran dan kurang sabar. Segala dugaan yang diberikan olehNya telah membuka mata saya untuk menyelami hikmah disebalik dugaan2 tersebut. Dan alhamdulillah, sedikit demi sedikit, saya mengubah dan memperbetulkan apa yang salah yang pernah saya lakukan dahulu.

Minggu depan mungkin saya tidak dapat update blog ni. Ini adalah kerana saya akan ke hospital di Ipoh untuk melakukan pemeriksaan pada tulang belakang saya sekali lagi. Dan kemungkinan pembedahan dijalankan ke atas saya. Saya berharap pembedahan itu berjaya mengurangkan kesakitan yang sedang saya alami.

2 comments:

Hana said...

salam myra. semoga tabah menghadapi ujian. semoga kesihatan awk kembali pulih spt sedia kala ye.

Myra said...

thanks hana.....