Pages

Friday

Macam Mana Sebenarnya Kita Nak Ajar Anak2? Apakah Tindakan Yang Sesuai Untuk Menghukum Mereka Di Atas Kesalahan Yang Dilakukan???

Seringkali kita terdengar mengenai penderaan kanak2 tak kira la kat Malaysia atau luar negara sana. Takut sangat kalau kita dengar pasal tu. Tapi kalau kita tengok sendiri? Apa rasanya? Jap2. Korang layanlah video ni dulu....

video

Da tengok?? Ok.

Budak tu kena hukum dengan mak dia sebab dia tak dengar cakap cikgu kat sekolah dan terus bergaduh dengan kawan dia.

Ada di antara kita mungkin marah bila cikgu kat skola 'sentuh' anak2 kita. Tak kurang juga yang akan kenakan lagi hukuman pada anak2 tu sama macam dalam video di atas.

So, bila kita tengok video ni. Kita rasa geram kan?? Saya rasa geram dengan mak budak tu. Apa perasaan anda kalau tengok orang yang bukan ada darah daging dengan anak kita buat macam tu? Lagi hotttt kan??

So, bagi saya la kan. Ni pendapat saya. Tak salah pun kalau mak bapak nak marah2 kalau anak dorang kena pukul dengan cikgu kat sekolah lagi2 kalau anak2 tu kecik lagi. Mungkin pendapat saya akan disangkal banyak pihak. Tapi, saya letakkan tempat saya sebagai seorang mak bila tengok anak sendiri kena pukul dengan orang lain. Hu hu hu. Tak sanggup.

No comments: