Pages

Friday

Saya Berasa Sangat Sedih Bila Anak2 Tak Balik Rumah Masa Cuti Semester.

Emo lagi tak tajuk kat atas ni? Yang pasti saya memang suka perasan yang saya ada ramai anak. Sampaikan mama pun da naik muak dengan angan2 Mat Jenin saya. Yang pasti...itu angan2 saya bukan angan2 Mat Jenin. Lawaklah sangat! Boring~~~~~

Baiklah. Berbalik kepada tajuk di atas ni. Saya terfikir bila tengok drama Melayu siang tadi. Anak dia belajar kat Sabah. 3 tahun tak balik2 rumah. Merajuklah mak dia. Kalau anak2 saya buat macam tu pun saya akan merajuk lama2. Taknak masak telur rebus kesukaan mereka selama beberapa hari. Huh~!

Pastu kedengaran pulak mama membebel pasal anak kawan dia tak balik rumah masa cuti sem ni. Ye la. Kawan mama saya ni jual pisang goreng. Mama pulak boleh timbulkan persoalan kenapa tak pernah nampak anak kawan dia tu tak pernah nak tolong dia jual pisang goreng. Saya pun terpikir juga. Apalah salahnya balik masa cuti sem yang sebulan ni tolong mak dia meniaga. Lainlah kalau cuti 3-4 bulan then taknak balik sebab nak keje sambilan.

Jap2. Kepada blogger dan para pembaca yang terdiri daripada student2 IPT. Apakah alasan korang tak balik rumah eaa? Nak kata sebab terlalu aktif dalam kelab/persatuan tak mungkin. Sebab kawan saya pun aktif jugak. Sempat je balik jap. Walaupun hanya 2 minggu berada di rumah. Mereka yang lain? Apa alasan korang? Kalau saya, cuti sem tu la saya nak duduk kat rumah habis2an.

Pesanan saya: Kalau anda bukan student dalam Malaysia, sila abaikan. Tapi, kalau anda student Malaysia, saya nak berpesan. Walaubagaimana sibuk pun korang kat U korang, jenguklah parents korang sementara diorang masih ada. Jangan disebabkan kehidupan korang selesa di U berbanding dengan di rumah, korang langsung taknak jenguk parents korang. Duit PTPTN yang korang pinjam tu boleh jadi tambang korang balik.



Sayangilah ibu bapa sementara mereka masih hidup. Kepada yang sudah tiada, berdoalah untuk mereka.

P/S: Saya paling tak suka bila ada di antara kawan2 saya taknak balik rumah sebab kat rumah diorang takde kemudahan seperti di universiti. H.A.M.P.E.H.!!!

1 comment:

Marshal Exai Aivi said...

thanks 4 your info...