Pages

Saturday

Saya Rindu Sama Ini Blog. Manyak Karat Blog Ini Maaaa!



Hai semua pengunjung blog saya yang berkarat nih!

Malam ni baru saya ada kesempatan untuk mengikis karat2 yang ada dalam blog saya ni. Da cat balik da pun ha. Simple and just nice kan!

Sepanjang peninggalan saya ni, banyak da tempahan dari kawan2 serta sanak saudara saya siapkan. Betul kata orang. Jika kita ada minat untuk melakukan sesuatu, pastinya akan berhasil tak kira apa pun halangan yang datang. Alhamdulillah. Tapi, saya masih tak berkesempatan nak bukak blog untuk bisnes saya tu. Lagipun saya masih lagi dalam proses mengimprovekan product saya ni di samping saya nak bajetkan masa nanti. Masa cuti semester ni mestilah banyak masa yang saya boleh luangkan. Tapi, kalau kelas da start, takut plak saya tak berkesempatan nak menyiapkan order dari kawan2.

Banyak sangat idea saya nak buka bisnes. Naik semester nanti saya bercadang nak bukak bisnes jual jambu batu. Hi hi hi. Saya melihat pada student2 di hostel yang sering stay up pada waktu malam untuk study. Kalau diorang makan buah sambil study, tentu otak pun fresh macam buah kan. Tapi, itu nanti dulu. Saya kena cari supplier buah jambu batu dan peralatan yang sesuai untuk menjual.

Bila difikir2kan balik, memang di peringkat umur macam saya la sesuai untuk cari duit poket sendiri. Kawan2 di sekolah teknik dulu pun ada yang sudah bekerja dan mempunyai duit poket sendiri. Ada yang nak beli rumah sendiri da pun. Tapi, saya?

Ermmmm.....

Masih belajar tidak akan menjadikan alasan untuk saya tidak boleh berdikari. Berbekalkan semangat yang ada ni serta sokongan dari keluarga dan kekasih, saya pasti boleh. Insyaallah. Motto hidup saya,"kalau saya tidak mempunyai kemahiran 'itu', sekurang2nya saya perlu menguasai kemahiran lain" akan saya pegang. Erm...'itu' means, sebagai contoh, kalau saya tidak pandai dalam pelajaran sekalipun, at least saya kena pandai cari duit. Ataupun kalau saya tidak pandai menjahit, sekurang2nya saya pandai memasak. Tapi, kalau boleh biarlah pandai semuanya. Tak salah untuk kita menguasai pelbagai kemahiran.

Dan saya nak tunjukkan hasil kerja tangan saya untuk hari ini.....hi hi hi....first time tau saya buat ni......insyaallah, saya akan hasilkan yang lebih baik daripada yang hari ini.....


No comments: